Berita

"Nak Hidang Makan Pun Macam Bagi Sedekah" - Raja Ilya Berang Dengan Syarikat Penerbangan!

gempak
ZULHILMI JALIL
17/11/2019
06:55 MYT
Sponsor Banner
"Nak Hidang Makan Pun Macam Bagi Sedekah" - Raja Ilya Berang Dengan Syarikat Penerbangan!
Pelakon Raja Ilya memuat naik satu status di Instagram meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap perkhidmatan daripada sebuah syarikat penerbangan.
Menurut Ilya, 34, dia terpaksa berkongsi hal tersebut di media sosial selepas segala usaha untuk mendapatkan penjelasan dan maklum balas mengenai masalah yang dihadapi menemui jalan buntu.
"Terlalu banyak kali bersabar. Ilya pun kerja airline juga sebelum ini. Jadi krew kabin gak, tapi tak pernah sekali pun layan penumpang macam segelintir daripada mereka ini.
"Hari ini, rasa lebih-lebih pula, email aduan pun tak jalan, buat panggilan untuk aduan pun tak ambil peduli, jadi macam mana kami nak sampaikan aduan ke pihak yang kena ambil tahu?" katanya.
Pada masa sama, Ilya turut berkongsi pengalaman buruk yang dilaluinya sewaktu menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan tersebut.
"Bukan sekali kena, banyak kali! Sampai beg penumpang ditinggalkan kat KLIA tanpa beritahu apa-apa, sampai kat Perth kata tak masukkan bagasi kerana lebih muatan.
"Bila naik pesawat sebahagian krew kabin layan dan sembang dengan penumpang macam musuh negara, nak hidang makan pun macam bagi sedekah," katanya yang kecewa
Terlalu banyak kali bersabar.... Ilya pun kerja airline gak Sblm ni ,jadi cabin crew gak Tapi Tak pernah sekali pun layan passenger mcM segelintir mereka skrg ni ,Walaupun kita baru break up tetap Senyum and kerja Dengan ikhlas . Today rasa Lebih lebih lak,email complaint pun Tak jalan ,call complain pun Tak ambik peduli ,so macam mana kami nak Sampai kan complaint ke pihak yang kena ambik tahu ? Bukan sekali kena ,banyak kali !!sampai bag2 penumpang di tinggal kan kat KLIA tanpa bagitau apa apa ,sampai kat Perth kata Airline Tak upload baggage sebab overload , so kena tunggu 1 Hari utk Terima bag . Bila naik Pesawat some of teh Cabin crew layan and sembang Dengan passenger macam musuh negara , nak hidang Makan pun macam bagi sedekah. Bila cancel ticket Dengan PNR yang sama plak baggage Tak leh nak Tukar sebab POLICY . Ayoooo policy ambik duit passenger free2 ? Macam cakap Dengan robot!!! Tak ada common sense ,Tak ada timbang rasa Bila Tanya kata company policy . Teruk sangat policy ni.. dah lama malas naik airline ni sebenarnya sebab benda2 macm ni laa... nasib baik ada option air asia & @malaysiaairlines , skrg harap2 pihak atasan nampak Kami ni.. sebab email,call Tak layan..terpaksa laaa guna cara ni. Bukan saja ILYA ,ramai lagi kat luar sana nk smapi kan semua ni .aiyoooooooo Ini luahan hati seorang passenger and ex crew pada airline ini. Harap ambik tindakan . Tolong laa.. @malindoair
A post shared by Raja Ilya (@rajailya) on
Perkongsian Ilya itu kemudian mendapat pelbagai maklum balas daripada pengikutnya yang pernah berdepan masalah sama.
"Sekarang, harap-harap pihak atasan nampak kami ni.. sebab email, panggilan tak layan..terpaksa lah guna cara ni.
"Ini luahan hati seorang penumpang and bekas krew kabin pada airline ini. Harap ambil tindakan. Tolong laa..," pintanya.
Ilya berkahwin dengan jejaka Australia, Trent Garret, 38, pada 23 Disember tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live