Tidak semua hidup dalam kesenangan dan demi meneruskan kelangsungan hidup, pelbagai cara dan keadah terpaksa dilakukan.

Itu yang ditonjolkan oleh seorang pemuda apabila menjual ikan siakap bakar menggunakan motosikal.

Ikan siakap bakar tersebut disimpan dalam kotak yang diletakkan di belakang motosikalnya.

Namun, apa yang menariknya di luar kotak tersebut tertulis 'Siakap Bakar Nak? Hon Ja, Kita Berhenti Tepi'.

Kaedah itu sekali gus menarik perhatian ramai, malah gambar pemuda tersebut viral di Twitter apabila ia dimuat naik oleh seorang pengguna.

"Berbagai cara untuk kita teruskan kehidupan.

"Orang tengah susah kita mana tahu. Semoga dimurahkan rezeki abang ni," kata pengguna Twitter tersebut menerusi satu posting.

Difahamkan, pemuda tersebut berniaga di sekitar kawasan Kepala Batas, Poko Sena dan Padang Serai, Kedah.

Sementara itu, rata-rata netizen kagum dengan usaha peniaga tersebut mencari rezeki dengan keadah yang unik.

Malah, tidak kurang juga yang mengambil inisiatif untuk mempromosikan jualan pemuda berkenaan di platform atas talian yang lain.