Penyanyi Yuna meluahkan rasa gembira apabila dirinya hadir dalam versi paparan bergerak (GIF) di laman sosial.

Menerusi laman sosial Instagram, Yuna berkongsi pelbagai paparan GIF dirinya yang boleh digunakan sebagai pelekat itu untuk tatapan umum.

“Ratu skrin hijau. My GIF stickers kini boleh didapati di Giphy dan Instagram Stories. Hanya perlu taip Yuna dan enjoy!

“Lebih banyak menanti, kita kena ada YunaGIF untuk setiap acara LOL,” tulisnya sebagai kapsyen.

A post shared by Y U N A (@yuna)


Menerusi perkongsian itu lagi, Yuna turut mempamerkan pelbagai paparan GIF dirinya termasuklah versi kulit album terbarunya Rouge.

Meninjau ruangan komen, rata-rata wargamaya teruja apabila pelekat GIF versi Yuna kini boleh digunakan.

Malah, ramai yang turut meminta Yuna menghasilkan GIF dalam variasi mood untuk mereka gunakan.

Bestnya Alis! More please, nak resting witch face,” ujar seorang wargamaya.

Cool! Slay queen!” puji seorang wargamaya.

Tak sabarnya nak pakai, semua comel,” komen seorang wargamaya.

Yeay, boleh gunakan untuk next Instagram Stories,” kata seorang wargamaya.

Yuna, awak patut buat muka opocot GIF,” cadang seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian Yuna tersebut telah menerima hampir 18,000 tanda suka daripada wargamaya.

Selain Yuna, antara selebriti Malaysia yang turut mempunyai paparan GIF tersendiri di Instagram Stories adalah pengacara dan usahawan Neelofa.