Laman Utama

"Nak Tidur Tu Boleh Tidur, Tapi Jangan Tinggal Solat" - Alvin Chong Turut Berpuasa, Suka Makan Buah Kurma

gempak
Amri Hassan
14/04/2021
03:25 MYT
Sponsor Banner
"Nak Tidur Tu Boleh Tidur, Tapi Jangan Tinggal Solat" - Alvin Chong Turut Berpuasa, Suka Makan Buah Kurma
Pelakon Alvin Chong meneruskan amalan berpuasa pada bulan Ramadan seperti tahun-tahun terdahulu.
Sambil membuat sesi siaran langsung ketika bersahur, pelakon berbangsa Cina itu memberitahu dia juga menggemari buah kurma.
"Saya bukan Islam tapi saya cubalah puasa untuk menghormati orang Islam. Ini buah kurma pada siapa-siapa yang tak tahu.
"Saya suka buah kurma, terutama sekali susu kurma. Jadi kita sama-sama puasa, tahan eh!" jelasnya.
Malah, Alvin turut berpesan kepada pengikut di Instagramnya agar tidak meninggalkan solat dan memperbanyakkan amal ibadah sepanjang bulan Ramadan.
"Dah habis makan, nak bersiap-siap dan start aktiviti kita. Siapa nak tidur bolehlah tidur, tapi jangan tinggal solat. Selamat berpuasa," katanya pada penghujung sesi siaran langsung Instagram itu.
Aksi bersahur Alvin itu meraih pujian ramai malah ada yang meninggalkan komen teruja melihatnya bangun pada awal pagi.
"Maaflah muka tengah mamai, rambut selekeh. Macam ni lah muka kita bila bangun. Patutlah single," kata Alvin berseloroh.
Antara selebriti yang turut memuji usaha Alvin bersahur adalah Fattah Amin, Nad Zainal, Bob Yusof dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024