Laman Utama

Nama Naik Dituduh Kaki Sondol, Fiza Halim Buat Laporan Polis  - "Jadi Siap Sedialah!"

gempak
Amri Hassan
12/07/2021
06:25 MYT
Sponsor Banner
Nama Naik Dituduh Kaki Sondol, Fiza Halim Buat Laporan Polis  - "Jadi Siap Sedialah!"
Empat hari berdiam diri sejak namanya dipetik berhubung kisah keretakan rumah tangganya sebelum ini, pelakon Fiza Halim tampil membuat laporan polis pada Ahad.
Jelas Fiza, dia terpaksa mengunci mulut daripada memberikan sebarang kenyataan sebagai menghormati nasihat pihak berkuasa yang sedang menyiasat.
Selain polis, segala mesej yang komen yang diterimanya akan dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
"Apa yang boleh saya beritahu kat sini, selama 4 hari ni saya berdiam diri tak nak ulas apa-apa sebab pihak polis mengarahkan saya supaya tidak membalas atau menjawab apa-apa pertanyaan.
"Hal ini kerana segala DM, komen yang saya dapat selama empat hari ini telah dipantau oleh pihak SKMM dan jugak pihak polis. Semua masih lagi dalam siasatan…Akaun saya ini dah pun dirujuk ke bahagian pihak yang berwajib.
"Saya ingin memohon maaf kerana tak dapat nak beri sebarang kenyataan. Bukan saya berniat nak mengelak, tetapi saya terpaksa kunci mulut terlebih dahulu," jelasnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Tegas Fiza lagi, soal siasat akan dilakukan kepada pihak yang mengirim mesej atau menulis komen berbentuk makian dan hinaan terhadapnya.
"Untuk pengetahuan semua, segala DM dan komen berbentuk aib, hinaan, cacian dan makian selama empat hari yang saya dapat ni dah pun sampai ke pihak SKMM.
"Jadi bersiap sedialah ya semua yang pernah hantar DM dan komen kepada saya, akan disoal siasat…. Tak mau cakap banyak, kita tunggu dan lihat saja," ujarnya.
Tindakan Fiza itu dipuji oleh rakan selebriti dan menganggap ia langkah yang betul bagi mengelakkan diri terus dibuli netizen.
Beberapa hari lepas, nama Fiza menjadi bualan netizen di Twitter selepas seorang individu dipercayai bekas adik iparnya membongkar situasi sebenar yang berlaku dalam rumah tangganya.
Pemilik akaun bernama Afrina Farzana itu mendakwa Fiza menjadi orang ketiga dalam perkahwinan abangnya dengan bekas isteri.
Untuk rekod, Fiza telah bercerai menerusi perkahwinan ketiganya pada 22 Julai tahun lalu menerusi aplikasi WhatsApp.
Pelakon itu pertama kali mendirikan perkahwinan dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin dan dikurniakan dua cahaya mata, Feera Aryana, 13, dan Feeya Adyrra, 12.
Mereka bercerai pada 4 November 2010 selepa empat tahun berkahwin.
Fiza seterusnya berkahwin dengan penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia, Adam, pada September 2013. Mereka kemudian bercerai pada September 2016 dan tidak dikurniakan cahaya mata.
Menerusi perkahwinan ketiga dengan juruterbang, Aizat Al Jefri pada Disember 2016 itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Baby Aleena kini berusia hampir tiga tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024