Pelakon muda, Ikmal Amry telah memuat naik foto bersama teman wanitanya, Najla di laman Instagram (IG) miliknya.

Foto Ikmal dengan wanita itu telah mendapat perhatian peminat wanita yang rata-rata cemburu dan tidak dapat menerima kenyataan bahawa hati pelakon pujaan mereka sudah dimiliki.

Menerusi entri tersebut, Ikmal dan teman wanitanya bersama berlatar belakangkan sebuah 'fun fair' di Gombak.

?

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry) on


Segelintir peminat wanita menunjukkan mereka cemburu dan kecewa apabila mengetahui Ikmal sudah berpunya.