Skip to main content

Berita Tempatan

"Nasib Baik Tak Kenal Time Tu, Nanti Kena Jadi Anak Ikan Kau" - Kongsi Gambar 'Throwback', Ini Komen Kamal Adli Pada Michael Ang

kamal_2.jpg
Pelakon Kamal Adli mengakui dirinya tidak harus memakai solekan pada wajahnya untuk kelihatan lebih macho.

Menerusi entri di Instagram (IG), Kamal berkongsi sekeping foto throwback ketika fotoshoot pada tahun 2007.

"Eyh sucinya! Tahun 2007 ni. Hahahahah. Alhamdulillah sampai sekarang masih suci.

"Time ni mula-mula buat fotoshoot. Pakai makeup tebal, now tak pakai makeup terus. Heheheh, sebab nak jadi macho. Orang macho tak pakai makeup," tulisnya.
 

Menerusi gambar tersebut, pengarah Michael Ang telah meninggalkan komen tentang gambar yang dikongsikan itu.

"@kamaladli la kenapa tak kenal kau zaman tu. Elok! Now. Hmmmm. Tak apa la tak nak tambah dosa," tulisnya.

Tidak hanya berdiam diri, Kamal turut membalas komen yang ditinggalkan oleh Michael.

"@michaelang38 nasib baik tak kenal time tu, nanti kena jadi anak ikan kau. hahahaha," tulisnya.

Sementara itu, rata-rata peminat turut meninggalkan komen dan memuji kekacakan Kamal ketika itu.

Ada juga mengakui bahawa wajah Kamal tidak berubah dan ada juga mengatakan bahawa wajahnya kini lebih matang daripada dahulu.

Must-Watch Video

Advertisement