HIBURAN
Neelofa Kongsi Pendapat Mengenai Wanita Ambil Suntikan Epidural Untuk Bersalin - “Saya Sendiri Pun Ada…”
Isu melibatkan wanita mengambil suntikan epidural menjadi topik hangat di media sosial selepas usahawan Jofliam seakan-akan memperlekehkan bekas isterinya, Cik Epal yang menggunakan kaedah itu untuk melahirkan anak-anak mereka.
Ilmu pengetahuan
Berkongsi pendapat mengenai pengambilan epidural dan ubat tahan sakit ketika bersalin, selebriti terkenal Neelofa berkata zaman kini lebih mudah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan mengenai perkara itu menerusi sosial media.
ARTIKEL BERKAITAN: Elisya Sandha ‘Sembur’ Jofliam Tak Sensitif Isu Epidural - “Ia Satu Penghinaan, Fikirlah Dulu Sebelum Cakap”
ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri Bersuara! Mahu Boikot Perniagaan Jofliam - “Kitanya Geng Epi Epi Jugek…”
ARTIKEL BERKAITAN: “Begitu Rendah Ya Martabat Seorang Ibu Di Hati Dia?" - Cik Epal
“Sudah tentu kita dah maju dalam pelbagai aspek, sosial media pun dah dedahkan kita pelbagai benda dan belajar banyak perkara seperti parenting, tentang perubatan termasuklah proses ibu melahirkan anak.
“Mungkin dahulu ada segelintir orang kurang ada pengetahuan (tentang bersalin) sebab tiada pendedahan dan kesedaran.
“Tapi dengan adanya sosial media, perkongsian banyak pihak, orang dah mula faham lebih mendalam tentang epidural atau ubat tahan sakit, bersalin secara czer atau normal,” katanya kepada Gempak.
Neelofa ditemui ketika majlis pelancaran produk pencuci pakaian jenama Daia 3in1 Softergent Lavender yang diadakan di IOI City Mall, Putrajaya pada Khamis.
Pilihan masing-masing
Dalam pada itu, isteri kepada penceramah bebas PU Riz atau Haris Ismail ini juga mengakui dia turut mengambil suntikan epidural dan ubat tahan sakit ketika melahirkan dua orang anaknya iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Bagaimanapun selebriti yang juga usahawan ini enggan berkongsi pengalaman bersalin kerana menganggap ia merupakan pilihannya.
“Kita tak boleh nak cakap satu perubatan untuk sesuai untuk semua orang. Sebab setiap orang mempunyai keadaan, situasi dan posisi yang berbeza. Saya sendiri pun ada ambil epidural dan ubat tahan sakit.
“Tapi itu adalah pilihan saya… saya tak boleh nak kongsi dari A to Z mengenai pengalaman saya bersalin, macam mana keadaan saya ketika itu. Ada perkara tak perlu kongsi, baik kita buat keputusan apa yang terbaik untuk diri kita.
“Bagi saya, kalau boleh benda ini jangan jadikan isu atau topik yang boleh melukakan hati orang lain juga,” ujarnya lagi.
Must-Watch Video