Umum mengetahui individu yang digelar Kak Long 7E sering menyorot perhatian umum di media sosial. Sejak rakaman siaran langsungnya melakukan ‘onar’ di sebuah kedai serbaneka viral dalam kalangan netizen tidak lama dahulu, ada sahaja kontroversi yang dicetuskan oleh wanita berkenaan.

Namun, baru-baru ini, nama Kak Long 7E kembali basah di bibir netizen - tetapi bukan disebabkan kelakuannya, tetapi rakaman yang didakwa diambil secara ‘curi-curi’ oleh netizen yang kebetulan berada di lokasi yang sama.

BACA: “Saya Dah Marah, Takkan Nak B****h, Penagih Pun...” - Mengamuk Dituduh Mencuri, Wanita Ini Akhirnya…

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok itu, kelihatan wanita yang dipercayai sebagai Kak Long 7E sedang memesan makanan di sebuah restoran, sambil diperhatikan oleh anak-anaknya.

Pada ruangan kapsyen, pengguna TikTok berkenaan menulis: “Saat-saat mendebarkan. Harap cukup la air batu. Risau takut terbang meja makan je,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, kelihatan ramai yang meluahkan rasa risau, memandangkan hal-hal luar duga yang sering dicetuskan oleh wanita berkenaan.

“Adik ambik oder pun mesti ketar-ketar… takut jadi mangsa keadaan,” tulis seorang netizen.

“Kalau aku terserempak dengan kak long ni, auto aku tukar meja social distancing 30 meter,” kongsi seorang pengguna TikTok pula.

Tidak hanya itu, ada juga yang menegur kelakuan dua anaknya yang disifatkan sebagai tidak tahu untuk duduk diam.

“Anak dia memang tak boleh diam macam kanak-kanak lain ker,” soal seorang netizen.

“Geram pulak aku tengok anak dia, memang tak reti duduk diam ek?” tanya seorang lagi netizen.

BACA: "Kak Long Nak Berehat, Lupakan Kak Long" - Tak Larat Kena Kecam, Kak Long Nekad Kurangkan Aktiviti Di Media Sosial

Begitupun, ada segelintir yang menegur tindakan individu yang merakam gerak-geri wanita yang dipercayai sebagai Kak Long 7E itu secara curi-curi.

“Janganlah macam ni. Dia nak duk makan pun awak nak rakam curi-cuti lepastu viral. Jangan kacau hidup orang. Dia punya salah tu benda lain. Peribadi orang kita jangan kacau,” ujarnya seorang wargamaya.

“Kawan tu nak makan family, kita duk sibuk cari salah lagi,” tegur seorang lagi pengguna TikTok.

@cik_tengku91 Saat2 mendebarkan, Harap cukup la air batu ?#kaklong7e #seram #takut #hantu #lawak #tiktoklawak #fyp #fypシ ♬ Sounds like a mystery music box - Yohei