Laman Utama

Netizen Bongkar Harga 'Berdentum' Kasut Merah Nabil Ahmad Masa Hosting GV8 - "Patutlah Cantik Semacam"

gempak
Amri Hassan
10/01/2022
06:55 MYT
Sponsor Banner
Netizen Bongkar Harga 'Berdentum' Kasut Merah Nabil Ahmad Masa Hosting GV8 - "Patutlah Cantik Semacam"
Sepasang kasut merah yang dipakai pengacara Gegar Vaganza 8 (GV8) pada konsert suku akhir pada Ahad menjadi sorotan netizen sejak malam tadi.
Membongkar harga sebenar kasut merah jenama Air Jordan 1 Retro High OG Chicago, ada pengguna media sosial Twitter memaklumkan harganya dianggarkan mencecah belasan ribu.
"Patutla aku perati kasut Nabil kat #gegarvaganza2021 ni cantik semacam je. Rupanya harga dia RM11,919.85 (USD2833) #jordanair1retro," tulis seorang pengguna di Twitter. Sementara itu, rata-rata wargamaya akui turut sama memerhati kasut yang digayakan Nabil. Malah, ada yang menyifatkan bapa kepada tiga orang cahaya mata ini memang gemar mengumpul koleksi kasut.
BACA: "Dapat Sebelah Pun Jadilah!" - Datang Promosi GV6, Kasut Nabil Jadi Fokus Netizen! Harga Cecah ...
Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
GV8 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Hetty Koes Endang sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.
Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.
Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.
Dalam pada itu, Program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) terbitan Astro Ria telah dinobatkan sebagai Program Muzik/Tarian Terbaik Asia di Asian Academy Creative Awards 2021 (AACA 2021) yang berlangsung di Singapura pada 3 Disember lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024