Baru-baru ini, seorang individu memuat naik beberapa tangkap layar di platform X yang menunjukkan beberapa wanita didapati menyimpan foto passport penyanyi, Aziz Harun.

Menjengah ke ruangan balas, hantaran itu menerima beberapa lagi respons daripada wanita lain yang turut menunjukkan koleksi foto passport Aziz dalam simpanan mereka.



Ramai dalam kalangan netizen tertanya-tanya, mengapakah foto passport Aziz boleh berada dalam simpanan ramai wanita?

Rupanya, menurut seorang individu, foto berkenaan merupakan ‘freebies’ yang diberikan oleh Aziz dalam sebuah acara untuk peminatnya.

Berita Trending: Babybump Intan Ladyana Raih Perhatian Netizen, “Makin Cantik Bila Jatuh di Tangan Lelaki Yang Tepat.”

Lebih menghiburkan lagi, hantaran itu juga menerima balas daripada empunya badan sendiri.


Setakat artikel ini ditulis, hantaran ini telah menerima sebanyak lebih 7,000 tanda suka dan 1.9 juta tontonan di Platform X.

Sumber: Platform X