Laman Utama

Netizen Kata Leona Macam 'Mak Anak 5', Empunya Badan Respon; "Adakah Mak Kamu..."

Izwan Isa
05/12/2023
13:55 MYT
Anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona akhirnya membuka mulut mengenai kritikan yang diterima sejak video tariannya sambil mengenakan pakaian seksi tular di media sosial.
Leona menerusi beberapa hantaran di platform X berkata, dia tertanya-tanya apakah motif netizen meninggalkan komen di akaun media sosial miliknya.

BERITA TRENDING: Netizen Mengucap, Terkejut Baju Leona Hampir Terlondeh Ketika Menari - “Jangan Macam Ni Ingatlah..."

Kata pencipta kandungan Youtube itu, dia sama sekali tidak pernah membaca komen dan secara teknikalnya, netizen yang kerap meninggalkan komen dianggap seolah-olah bercakap dengan diri sendiri.
“Jika badan saya berisi, jadi kenapa? Adakah ia memberikan kesan pada kamu? Maaf jika kamu tidak suka penampilan kamu, tapi janganlah lontarkan rasa kurang yakin itu pada saya. Saya gembira dengan diri saya dan itu paling penting.
“Apa sebenarnya niat kamu bila kamu tinggalkan komen pelik dekat hantaran saya? Tuntutan agama? Sebab memang rasa nak cakap sesuatu? Kepuasan? Saya tak baca komen, jadi sekarang ni kamu tengah bercakap dengan diri sendiri,” tulisnya. Dalam pada itu, Leona sempat bergurau dan berkata: “Ada yang kata badan saya macam saya mak beranak 5, adakah mak kamu serupa macam saya?
“Jika mengambil tahu tentang hidup saya berikan kamu kegembiraan, teruskan sahaja. Mungkin ia satu-satunya hal yang menarik dalam hidup kamu. Hidup kamu dah memang dah sengsara dan saya rasa kasihan pada kamu

BERITA TRENDING: Netizen Pertikai Jual ‘Casing Hp’, Leona Marah Pun Comel! - "Seriously Guna Otak Sikit, Duduk Tutup Mata Fikir"

“Pada penghujung hari, hidup ini singkat. Jika ini adalah cara kamu mahu menjalani hidup, jadi ikutlah cara itu. Tapi kalau nak tahu, ada banyak perkara lain di luar sana berbanding kehidupan di alam maya. Letak telefon kamu dan libatkan diri dalam dunia sebenar di sekeliling kamu,” katanya.
Sumber: Platform X
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Sebelum Sembahyang Subuh, I Terfikir Nak Batalkan Perkahwinan” - Azhar Sulaiman

gempak
24/06/2024
02:55 MYT
Pelakon Azhar Sulaiman mendedahkan dia pernah hampir nak membatalkan majlis perkahwinan dengan isterinya Chempaka Emalin Pahamin.
Viral

Leona Dah Buat ‘Check Up’, Rasa ‘Annoying’ Netizen Asyik Cakap Fasal Tiroid - “Yang Tebal Itu Adalah Lemak, Saya Tak Sakit!”

gempak
19/06/2024
01:55 MYT
Kerap menerima pertanyaan yang sama, pempengaruh media sosial Kasih Iris Leona memberi amaran terakhir kepada netizen agar tidak lagi bercakap mengenai bentuk lehernya yang didakwa menghidap penyakit tiroid.
Viral

“Nak Mengeluh Pun Tak Guna, Sebab Behar Arkitek Rumah Sendiri” - Azhar Sulaiman

gempak
09/06/2024
23:55 MYT
Pelakon Azhar Sulaiman menzahirkan rasa kecewa terhadap rekaan rumahnya sendiri selepas diceroboh oleh sejenis haiwan baru-baru ini.
Terkini

“Kalau Nelayan Tak Nampak Mungkin Saya Dah Meninggal Dunia” - Leona Dedah Pengalaman Hampir Ragut Nyawa Ketika Sertai Ekspedisi Kayak

gempak
03/06/2024
03:55 MYT
Pempengaruh Kasih Iris Leona berkongsi kisah hampir meragut nyawanya sewaktu menyertai ekspedisi berkayak untuk Pengakap Raja.
Viral

Leona Dedah Pernah Bekerja Sebagai Waitress Di Sebuah Hotel Di UK - “Saya Nak Cuba Semua Pekerjaan”

gempak
29/05/2024
05:55 MYT
Pempengaruh Leona Azhar mendedahkan yang dia pernah bekerja sebagai pelayan di sebuah hotel di United Kingdom berdekatan dengan universiti tempat dia belajar.