,
Viral

Netizen Merungut Pasal Fazura, Sakinah Pula Kena Menjawab! Dah Macam Wakil Rakyat ...

Amri Hassan
21/08/2018
01:26 MYT
Sudah dua minggu Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) menutup tirai namun cakap-cakap belakang masih belum reda.
Terbaharu, netizen meluahkan keluhan dan berkongsi pandangan mengenai sikap hipokrit aktres Fazura yang disifatkan seolah-olah 'cakap tak serupa bikin'.
Di pentas KLFW, Fazura menggunakan model remaja perempuan berbadan gempal manakala di Instagram tidak putus-putus mempromosikan produk pelangsingan.
Menerusi kiriman emel netizen kepada Sharifah Sakinah dan pengurusannya, pelakon itu punyai pandangan sendiri.
"Sejak KLFW lagi saya menerima pelbagai emel berhubung keresahan netizen apabila melihat Fazura menggunakan model bersaiz gempal untuk pertunjukan fesyen manakala di IG sentiasa mempromosikan produk kurus.
"Terima kasih kerana mempercayai saya, walaupun saya jujur apabila bersuara tetapi saya bukanlah wakil rakyat.
"Saya harus realistik. Pertamanya, niat Fazura untuk memperkasakan wanita muda tak kira apa juga saiz dan bentuk badan.
"Sebagai selebriti, orang akan mudah mensensasikan perkara yang kecil, inikan pula tahap kejayaan Fazura sekarang. Memang kena berwaspada dengan segala reaksi sekeliling.
"Atau mungkin tak payah ambil tahu langsung. Seperti selebriti lain yang berjaya, mereka terus berusaha dan mendapat pengiktirafan Forbes (seperti Kylie Jenner)," katanya.

Since the KL Fashion Week I’ve been receiving mails regarding choice of publicity stunts by Fazura and team. Repeatedly. Well, thank you for acknowledging me, I know I speak the truth but I'm not a wakil rakyat. People have been complaining that Fazura was using overweight teenagers for runaway show as a gimmick while she shamelessly promoting slimming products on her IG to be thin. They want to speak out through me concerning the hypocrite contradictions. I’m gonna be real here. First of all, Fazura intention is to empower young ladies regardless of her size and shape. Also, I understand the concern of this email complaint, the power of celebrity is so influential to the young mind so they want Fazura to be aware of her actions. As a celebrity myself I realized people can scrutinize every small detail even in one simple picture. Inikan pula tahap successful like Fazura. Memang kena aware and think 360-degree possibility of reactions. Or sometimes I just don’t care. HOHO. Heck, to all successful celebrities, just keep up the good hard work, get into Forbes if you can like Kylie Jenner. I bet she didn't spend her time calculating probabilities of what would the haters say. Anyway, I think it’s up to the individual whether how she wants her size and shape to be. Kalau nak wide bole, embrace you curve! Or nak slim pun bole, choose the ‘right product’ and exercise regime, it’s your choice. SUKAHATI . And for those who email me, you know where I stand now, so please just move on.

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Bagi Sakinah, pandangan dan penilaian itu bergantung pada sikap individual terhadap sesuatu isu.
"Kalau nak meraikan sosok tubuh montok yang dipunyai pun boleh, nak kurus pun boleh.
"Pilihlah produk yang betul dan sentiasa bersenam. Suka hati," tambahnya.
Foto: @missfazura, @sharifah_sakinah
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Unitar