Tindakan seorang pelajar sekolah rendah yang meluahkan rasa ‘cintanya’ kepada seorang guru meraih perhatian netizen.

Menerusi tangkap layar yang dikongsi oleh seorang pengguna di platform X, guru tersebut menjelaskan tentang berita perpindahannya untuk mengajar ke sekolah lain menerusi kiriman Whatsapp.

Namun, pelajar perempuan tersebut merayu agar guru itu tidak pindah ke sekolah lain kerana katanya dia tidak mempunyai semangat untuk belajar.

“Boleh tak sir jangan pindah, saya takda semangat nak datang sekolah dah sir takda.

“Saya suka dekat sir, saya tak nak cikgu lain ajar kelas ni. Saya dah lama suka dekat sir.

“Saya rasa saya dah jatuh cinta dekat sir, tolong lah sir balik sekolah ni ajar kelas saya semula,” luah seorang murid perempuan tersebut.

Berita Trending: Fathia Latiff Pecah Lobang Lagi! - "Sebab Tu Masa A Ajak Kahwin Saya Tak Nak"

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kurang senang dengan tindakan yang dilakukan oleh murid perempuan tersebut.

Malah, netizen turut membandingkan perbezaan penampilan guru pada zaman dahulu dan sekarang.

“Cikgu sekarang muka jambu cikgu dulu lain nak pandang pon tak berani garang punya muka.

“Patut la cikgu dulu dulu bengis betul muka. Takut benda macam ni berlaku kot.

“Makin hari makin pelik budak zaman sekarang, aku malas nak layan budak sekarang like so annoying.

“Benda ni kat mana mana sekolah pun ada. Cuma zaman dulu budak sekolah mampu suka dan tak menggeletis gini,” tulis salah seorang netizen.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah mendapat sebanyak 5.8 ribu sukaan dan 900,000 tontonan.