Hiburan

Rosyam Noor Takut Nak Ulas Isu Cerai Artis Lebih-Lebih - “Walaupun Dah Berpuluh Tahun Kahwin, Semua Tu Kerja Tuhan”

gempak
Ernalisa
29/10/2024
08:25 MYT
Sponsor Banner
Rosyam Noor Takut Nak Ulas Isu Cerai Artis Lebih-Lebih - “Walaupun Dah Berpuluh Tahun Kahwin, Semua Tu Kerja Tuhan”
Pelakon prolifik, Datuk Rosyam Noor akui takut dengan perkhabaran perceraian rakan artis sejak akhir-akhir ini.
BERITA BERKAITAN: "Tak Salah Impikan Anugerah Oscar, Jangan Perlekeh Anugerah Tempatan" - Rosyam Nor

BERITA BERKAITAN: Rosyam Nor Buat Laporan Polis! Bakal Heret Individu Sebar Fitnah Kaitkan Namanya Dalam Isu Cerai Fattah-Fazura

BERITA BERKAITAN: Elak Pengambilan Gula Berlebihan Antara Tips Rosyam Nor Kekal Sihat - “Apabila Metabolisme Badan Mula Berkurang, Saya Terpaksa…”

BERITA BERKAITAN: Rosyam Nor Rancang Buka Lebih Banyak ST Rosyam Mart Bermula Tahun Depan
Tidak mahu mendabik dada mahupun merasa bangga dengan usia perkahwinannya, Rosyam juga tidak mahu mengulas lanjut mengenai kes perceraian dalam kalangan artis.
“Eh takut… mau tak takut. Walaupun saya dah lebih 30 tahun berkahwin, tapi saya tetap takut.
“Sebab korang semua kena faham. Ajal, maut, rezeki semua di tangan Tuhan. Siapa kita nak melawan takdir? Kalau boleh tak naklah semua itu berlaku, tetapi siapa kita nak menolak?" kata Rosyam.
Bagaimanapun, Rosyam menasihati orang ramai agar tidak terlalu taksub dengan kisah cerai selebriti dan melihat ia daripada perspektif yang positif.
“Saya sendiri pun mengakui takut sangat dengan trend artis cerai-berai.
“Macam inilah, korang semua tak perlu sibuk-sibuk kalau artis bercerai. Kalau cerai yang dipilih boleh beri kebahagiaan untuk mereka, nak cakap apa?” ujarnya.
Tahun 2024 menyaksikan keretakan rumah tangga selebriti terkenal tanah air antaranya Fazura-Fattah Amin, Emma Maembong, Harith Iskander, Que Haidar-Linda Jasmine, Datuk Fazley Yaakob dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024