Skip to main content

Budaya Popular

Netizen Teruja BTS J-Hope Suka Snek Buatan Malaysia - “Saya Jerit Bila Nampak Dia Suka…”

astrogempak_peminat_terharu_j-hope_suka_super_ring.jpg
Advertisement

Tular sebuah klip video pendek di TikTok memaparkan ahli kumpulan BTS, J-Hope berkongsi antara snek kegemarannya ialah Super Ring, iaitu snek keju popular buatan Malaysia.

Dalam video tersebut, J-Hope memberitahu pengacara program bahawa snek itu sangat sedap dan penuh dengan rasa keju, sambil mengajak pengacara itu untuk turut mencubanya.

Advertisement

“Ia sangat berperisa dan sedap,” katanya. 

Walaupun bintang K-pop terkenal itu menyangka snek tersebut berasal dari Singapura namun, peminat di Malaysia tetap teruja dan bangga kerana J-Hope menyatakan dirinya menyukai snek tempatan itu.

Antara komen yang ditinggalkan adalah: 

“Tolonglah seseorang bagitahu Super Ring tu dari Malaysia.”

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement