Viral

Niat Nak Betulkan Telefon Rosak, Wanita Terkejut Gambar Peribadi Disimpan Oleh Staf Kedai Elektronik

gempak
Gempak
31/12/2023
04:55 MYT
Sponsor Banner
Niat Nak Betulkan Telefon Rosak, Wanita Terkejut Gambar Peribadi Disimpan Oleh Staf Kedai Elektronik
Seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati setelah mendapat tahu gambar peribadinya diceroboh oleh pekerja sebuah kedai elektronik semasa dalam proses membaiki telefon.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Platform X, wanita itu menyatakan dia telah menghantar telefon bimbitnya yang rosak di sebuah kedai elektronik untuk diperbaiki.

BERITA TRENDING: Miangnya! Individu Merayu Nak Beli Seluar Dalam Wanita Tak Basuh - "Lagi Masam Lagi ..."

Bagaimanapun, perbuatan terkutuk staf itu terbongkar selepas wanita terbabit mendapat tahu gambar-gambar peribadinya disimpan oleh individu tersebut tanpa kebenaran.Perkara itu meraih perhatian netizen dengan hampir 9,000 tanda suka dan lebih 3,000 repost.
Antara komen yang diterima:
“Report polis dan cari peguam untuk tindakan lanjut, saman je,”
“Takutnya, semoga Allah permudahkan segalanya,”
“Ya Tuhan, serius bodoh gila, harap dia masuk penjara.”
Sekadar info, dalam kemas kini terbaharu yang dibuat, wanita itu mendedahkan bahawa staf terbabit akan diberhentikan kerja dan laporan polis telah pun dibuat.
Sumber: Platform X
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024