Pelakon Rebecca Nur Al-Islam akui tidak mahu hamil lagi selepas mempunyai empat orang cahaya mata yang dilahirkan secara pembedahan.
Rebecca membuat pengakuan itu secara spontan selepas melihat anak bongsunya, Ahmet Reagan menghisap ibu jari kaki.
Advertisement
“Alamak! No, no, no, mommy tak nak lagi…cukuplah..tak mahu. Jom kita mandi ya,” katanya menerusi sepotong video yang dimuat naik di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menerusi video tersebut, Rebecca menarik kaki anaknya dari dihisap dan kemudian menyiapkan bayi lelakinya untuk mandi.
Rata-rata pengikutnya akui video tersebut telah mencuit hati mereka dan turut berkongsi pengalaman yang sama.
Rebecca telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Datuk Nor Azam Sulaiman pada 14 Januari 2011.
Pelakon itu mempunyai empat cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, 6, Nor Anggerik Renesmee, 5, Nor Aliff Al-Raffael, 2, Nor Ahmat Al-Reaggan, selain dua anak angkat, Nor Adam Daniel, 10 tahun dan Nor Aurora Riana, 4 bulan.