HIBURAN
Noki Suka Dengan Wanita Kelantan & Terengganu, Wajah Kacukan Jadi Tarikan - "Kalau Berjodoh, Saya Tak Tolak"
Penyanyi dan pelakon, Noki, tidak menolak sekiranya bertemu jodoh dengan wanita kelahiran Pantai Timur.
Gadis Pantai Timur Jadi Pilihan
Menurut Noki atau nama sebenarnya, Ahmad Ikhwan Aji, 31, rata-rata wanita dari Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu memiliki wajah yang manis."Sebelum ini, ada orang pernah tanya, saya suka perempuan dari negeri mana? Kalau diberi pilihan, saya suka wanita Kelantan dan Terengganu.
"Saya tengok wanita bertudung, berwajah campuran kebanyakannya dari Pantai Timur, cantik dan manis," katanya kepada Gempak.
Noki ketika ditemui majlis ramah mesra dan berbuka puasa Stars Powerhouse Entertainment di sebuah hotel, di ibu kota, pada Jumaat.Nafi Sedang Bercinta
Anggota kumpulan K-Clique itu juga turut menafikan dakwaan dia kini sudah mempunyai kekasih hati yang berasal dari Pantai Timur."Tak adalah. Cuma saya teruja juga mahu merasai pengalaman berhari raya di Kelantan dan Terengganu sebab tahun ini, ada kawan saya ajak beraya di sana memandangkan saya tak balik Sabah.
"Saya pun tak pernah beraya di sana, jadi nak juga merasa macam mana beraya di negeri orang. Mana tahu, kalau terjumpa jodoh di sana, saya pun tidak menolak," selorohnya.
Asalkan Bertudung & Tutup Aurat
Ditanya mengenai perancangan untuk mendirikan rumah tangga, pelakon filem Soloz: Game Of Life ini memaklumkan dia juga sudah bersedia untuk bergelar suami.
"Saya dah bersedia sahaja nak kahwin, cuma jodoh belum sampai. Keluarga pula tak kisah saya pilih orang mana, asalkan bertudung dan menutup aurat.
"Bukan cakap yang tak bertudung itu kita tidak boleh ubah, tetapi lebih senang jika wanita yang bertudung itu lagi kerana dia sudah faham agama.
"Bagi saya, wanita bertudung mungkin lebih tahu batasnya bagaimana dan sebagainya.
"Saya pun mahu seorang wanita yang boleh membawa ke jalan yang baik sebab saya tahu diri ini pun tak kuat, senang betul terpengaruh dengan orang," kongsinya lagi.
Must-Watch Video