Laman Utama
#OhAbeNik: Hot Daddy! 5 Artis Kacak Berstatus Duda Dambaan Wanita, Dah Berpunya Ker Belum?
"Yang bujang memang menawan, kalau yang duda sungguh menggoda," demikian bait-bait lirik nyanyian Della Puspita berjudul Bujang Duda seperti yang sedang sohor kini di aplikasi TikTok.
Lucunya ada pula dalam kalangan warganet yang menyunting video berlatarkan lagu berkenaan dan disertakan dengan foto artis tempatan yang berstatus bujang dan duda.
Tapi benar atau tidak, berdasarkan lirik lagu tersebut, lelaki berstatus duda kata orang punyai aura tersendiri yang boleh memikat hati ramai.
Advertisement
Apa kata, kita intai semula beberapa selebriti lelaki tempatan yang berstatus duda dan mungkin ada antara mereka yang sudah dicuri hatinya. Siapa tahu kan?
Fizo Omar
Pelakon dan usahawan ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pengusaha tudung terkenal, Mawar Karim. Bagaimanapun, mahligai mereka runtuh selepas enam tahun bersama.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam.
Terkini, Fizo dikhabarkan bakal menamatkan zaman dudanya bersama seorang wanita tidak lama lagi. Namun, pelakon itu masih mengunci mulut tentang majlis yang difahamkan berlangsung pada Oktober ini.
Fizo juga hanya membiarkan soalan dari Gempak dengan status bluetick pada aplikasi WhatsAppnya.
Rashidi Ishak
17 tahun bersama aktres jelita Vanidah Imran, mereka akhirnya memutuskan untuk berpisah secara baik pada Ogos 2018.
Berkahwin pada 1 Oktober 2000, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Mikhail Imran dan Mariyam Rashika.
Bintang drama rantaian hebat I-Tanggang yang sedang hangat ditayangkan di Astro Ria itu pernah berdepan kemurungan selama tiga bulan selepas berpisah dengan Vanidah.
Sharnaaz Ahmad
Sharnaaz dan usahawan terkenal Noor Nabila bercerai pada 9 Julai 2020 selepas mendirikan rumah tangga pada Mac 2017.
Perkahwinan mereka dihadiri dengan seorang cahaya mata, Jebat Jayden.
Bagaimanapun, Noor Nabila kini kembali bahagia selepas diperisterikan Engku Emran pada Mac 2021.
Sharnaaz kemudiannya dilaporkan pernah rapat dengan beberapa artis wanita termasuk Azira Shafinaz dan Fify Azmi.
Keith Foo
Pelakon kacak itu bercerai dengan bekas isterinya, Kim Raymond pada Disember 2019.
Pasangan itu berkahwin pada November 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Skylar Raymond Foo.
Hubungan mereka difahamkan masih rapat demi anak mereka, malah Keith baru saja mengemaskini akaun Instagram bersama Kim dan anak Skylar.
"Tidak ada keluarga yang sempurna tetapi ada banyak momen indah apabila bersama," kata Keith.
Nazim Othman
Nazim dan pelakon cantik Bella Dally telah bercerai pada 2 Mei 2018 selepas dua tahun mendirikan perkahwinan.
Bella kemudiannya telah kembali bergelar isteri kepada ahli perniagaan Arif Izuddin setahun kemudian.
Pada masa sama, Nazim turut digosipkan rapat dengan pelakon Fatin Afeefa apabila kerap berkongsi video nyanyian mereka bersama.
Nazim yang terkenal dengan jolokan Putera Kayangan itu kerap berkongsi aktiviti hariannya termasuk bercuti.
Must-Watch Video