Laman Utama

#OhAbeNik: Macam Hotel! Intip Kediaman Mewah 4 Tingkat Milik Irwansyah & Zaskia Sungkar!

gempak
Amri Hassan
17/04/2021
08:45 MYT
Sponsor Banner
#OhAbeNik: Macam Hotel! Intip Kediaman Mewah 4 Tingkat Milik Irwansyah & Zaskia Sungkar!
Selepas menimang cahaya mata sulung, pasangan pelakon Indonesia Irwansyah dan Zaskia Sungkar sudah mula berpindah ke kediaman baharu mereka.
Menerusi video yang dikemaskini di akaun YouTube The Sungkars Family, pasangan itu berkongsi house tour rumah setinggi empat tingkat yang sudah siap proses renovasi.
Bagi Abe Nik, memang mega! Seperti memasuki ruang hotel.
Jom intip apa yang menarik tentang kediaman mewah milik Irwansyah dan Zaskia Sungkar ini.
1. Empat tingkat
Exterior kediaman mewah mereka menggunakan warna asas iaitu putih. Warna yang menampakkan kediaman itu bersih dan bercahaya jika dari luarnya.
Proses untuk menyiapkan kediaman itu mengambil masa selama dua tahun.
Setiap tingkat mempunyai fungsi berbeza bagi keluarga itu.
2. Entrance
Ruang masuk kediaman itu sudah cukup memukau pandangan! Ya, ia memang kelihatan umpama hotel mewah.
Aras yang sama disediakan ruangan serbaguna untuk dimanfaatkan jika ada majlis bersama keluarga.
Ruang itu didominasi dengan warna biru pastel.
Selain itu, terdapat mini bar dan coffee station yang turut dihiasi dengan bunga-bungaan segar.
3. Ruang kerja
Tidak hanya menjadi tempat tinggal, kediaman itu turut disediakan ruang pejabat The Sungkars Family.
Ruang itu terletak di aras dua dan dindingnya dilengkapi dengan ilustrasi kartun untuk menghidupkan ruangan itu.
4. Ruang tamu vintage
Setiap aras dilengkapi dengan konsep yang berbeza-beza. Bagi aras ketiga dan empat, ia lebih khusus sebagai ruang privasi keluarga itu.
Di aras ketiga, disediakan ruang tamu dengan sentuhan wallpaper bernuansa vintage. Turut dilengkapi juga cermin yang besar.
Kata Irwansyah; "Biar ruangannya nampak lebih besar, jadi kita tambahkan cermin."
5. Ruang istirehat
Ruang istirehat diletakkan di aras empat dengan dilengkapi dengan paduan perabot dan dinding berwarna biru dan emas.
Turut tersedia mini gimnasium dan akan ditambah juga playground mini buat anak mereka, Ukassya bermain.
6. Lif
Bagi memudahkan pergerakan mereka, turut disediakan lif hingga ke aras rooftop. Yelah, larat ker nak naik tangga dari bawah sampai tingkat atas semata-mata?
7. Dapur hitam putih
Irwansyah sendiri mahukan dapur kediamannya dipadukan dengan warna asas hitam dan putih. Namun, bagi menampakkan ciri-ciri mewah, mereka menambah aksesori berwarna keemasan.
8. Ruang makan minimalis
Bersebelahan dapur mereka terdapat ruang makan yang dilengkapi ciri-ciri minimalis. Perabotnya dipadukan dengan warna hijau dan emas selain diserikan dengan rekaan lampu yang unik.
9. Almari kasut
Pasangan itu memiliki hobi mengumpul kasut. Jadi mereka menyediakan satu ruangan khas bagi meletakkan kesemua kasut mereka.
Ruang itu disiapkan sehari sebelum Ukkasya dilahirkan!
10. Rooftop
Ruang kegemaran Abe Nik pastilah rooftop, tempat di mana keluarga itu bersantai dan menikmati pemandangan indah pada waktu pagi atau senja.
Rooftop kediaman itu dilengkapi dengan kolam renang dan ruang luas yang dipasangkan rumput tiruan.
Kata Irwansyah lagi; "Kerana kita tidak mempunyai tanah yang banyak jadi kita pindahkan tanah itu ke lantai atas. Ukkasya pun boleh bermain di sini."
***
NOTA: #OhAbeNik merupakan pandangan peribadi penulis dalam berkongsi tips atau ulasan tentang gaya hidup, hobi, fesyen dan kemahiran harian.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live