,
Laman Utama

#OhAbeNik: Pelakon China Angelababy Cerai Lepas 7 Tahun, Majlis Kahwin RM128 Juta Tinggal Kenangan

Amri Hassan
29/01/2022
12:46 MYT
Pasangan selebriti China, Huang Xiaoming, 44, dan Angelababy, 32, mengesahkan akhirnya telah bercerai selepas 7 tahun berkahwin.
Bagaimanapun, mereka berpisah secara baik dan akan membesarkan anak mereka yang baru berusia lima tahun bersama-sama.
"Bersyukur atas sejarah yang lepas, kami masih keluarga pada masa akan datang," kata pasangan itu menerusi kemaskini akaun Weibo pada Jumaat.
Perkara sama turut disahkan oleh agensi pasangan itu dan tiada komen lanjut boleh dikongsikan mengenai perpisahan mereka.
Mengimbas semula, Huang dan Angelababy atau nama sebenarnya Angela Yeung mula bercinta sekitar 11 tahun lalu sebelum mengumumkan hubungan mereka pada 2014.
Mereka berkahwin pada 2015 dan Angelababy telah melahirkan anak sulung mereka, Little Sponge pada Januari 2017.
Kisah rumah tangga mereka menjadi sorotan apabila timbul khabar angin mengenai ketegangan mereka pada Julai 2019, namun Huang menafikan dakwaan itu.
Hal itu tercetus selepas perceraian pasangan berprofil tinggi Korea Selatan, Song Joong-ki dan Song Hye-kyo serta pasangan pelakon Fan Bingbing dan Li Chen.
Mengukuhkan dakwaan apabila Huang dan Angelababy mengadakan persembahan berasingan di Festival Gala Mid Autumn China Central Televisyen.
Januari 2021, Huang muncul di pentas bersama bekas teman wanitanya, pelakon China Li Feier.
Majlis kahwin mewah
Perkahwinan Angelababy dan Huang menjadi perhatian dunia kerana menjadi acara paling mewah yang menelan belanja sekitar AS$31 juta (RM128 juta).
Dalam acara tersebut, pasangan itu menjemput 2,000 orang tetamu untuk menjadi saksi penyatuan mereka. Dekorasi lokasi perkahwinan juga dihiasi dengan ribuan bunga mawar putih.
Selain itu, acara mereka dikejutkan dengan kek perkahwinan setinggi 2.5 meter yang mengambil masa sebulan untuk dihasilkan.
Angelababy yang digelar sebagai Kim Kardashian China itu menyarung busana ball gown rekaan Dior yang menggunakan 35 meter fabrik satin dan 51 meter tulle. Gaun itu pula mengambil masa lima bulan untuk disiapkan.
Dalam majlis sama, Angelababy dihadiahkan sebentuk cincin berlian enam karat Chaumet bernilai AS$1.5 juta (RM6.2 juta).
Untuk rekod, Angelababy merupakan pelakon dan penyanyi China yang membintangi pelbagai filem dan siri televisyen.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Unitar