Kata orang susah nak membesarkan anak gadis pada zaman sekarang, dunia semakin moden, pancaroba juga kian bertambah.

Hal itu tidak mematahkan semangat selebriti untuk mendidik anak masing-masing untuk menjadi individu yang dibanggakan.

Beberapa anak gadis selebriti tempatan kita pun semakin mendapat perhatian ramai. Bukan hanya kecantikan semata-mata bahkan punyai personaliti, sikap dan kepintaran yang luar biasa.

Jom, Abe Nik kongsikan beberapa anak selebriti tempatan yang terus meniti di bibir netizen. Ada yang dah berpunya ker belum ni?

Erysha Emyra puteri tunggal Datin Seri Noniswara yang manja

Erysha merupakan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan keputusan 9A dan kini melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan.

Malah, Erysha juga aktif sebagai model sambilan.



Dedah ibunya, Datin Seri Noniswara, anaknya itu seorang yang suka menjaga penampilan, cerewet dan pembersih.

"Erysha sensitif dan mudah menangis kalau ditegur Daddy, maklumlah anak manja Daddy. Namun, dia seorang yang tegas, ada pendirian dan tahu apa yang diinginkan," kata Noniswara kepada Nona.

Dedahnya lagi, Erysha suka makan bersuap selain gemarkan makanan berkhasiat dan organik.



Noniswara dikurniakan tiga cahaya mata dari perkahwinan pertamanya iaitu Naveer Mishon, 28, Nurerysha Emyra, 23, dan Nazeer Danish, 15.

Marissa Dania 'pelaris' Abby Abadi

Anak dara pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania Hakim juga memiliki raut wajah yang cantik biarpun baru berusia 16 tahun.

BACA: Cantiknya Anak Abby Abadi Di Hati Jadi, Macam Bertunang!

Kecantikan Marissa juga berjaya mengumpul hampir 500,000 pengikut Instagram dan kerap membuat review produk berkaitan kecantikan dan fesyen.



Marissa juga sering menjadi wajah 'pelaris' produk yang diniagakan oleh Abby di Instagram dan hal itu tidak disangkal oleh pelakon terbabit.

BACA: Dituduh 'Jual Anak', Abby Abadi; "Dah Anak Ni Cantik, Nak Salahkan Siapa?"

Abby dan Norman pernah mendirikan rumah tangga pada 2002 namun bercerai pada 2008. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.



Feera & Feeya macam anak berdarah campur

Tidak sengaja memperkenalkan dua permata hatinya, Feera Aryanna dan Feeya Adyrra di Instagram. pelakon dan penyanyi Fiza Abdul Halim dihujani puji-pujiaan daripada netizen. Ada yang sampai panggilnya mama!

Masing-masing berusia 13 dan 12 tahun.

Kata Fiza, dia bukan mahu menunjuk-nunjuk tapi sekadar meluahkan rindu terhadap anak-anaknya itu.

Tegas Fiza lagi, dia dan bekas suami sepakat untuk tidak membenarkan anak-anak mereka menceburi bidang seni atau peragaan buat masa ini.

Kedua-dua puterinya itu hasil perkahwinan pertama bersama bekas suami, Ahmed Farriq Zainul Abidil yang bercerai pada November 2010.



Bijak pandai puteri-puteri Rosyam Nor

Anak pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor, Nurlisa juga antara yang menjadi perhatian netizen sejak akhir-akhir ini.

Baru sahaja menamatkan pengajian empat tahun dalam bidang pengurusan dan pemasaran di Universiti Curtin, Perth, Australia pada September lalu, ramai yang memuji-muji kecantikan Nurlisa.



BACA: "Dah 2 Tahun Tak Jumpa" - Tamat Pengajian Di Australia, Rosyam Nor Tonton Majlis Konvokesyen Anak Secara Online

Selain Nurlisa, Rosyam juga miliki anak perempuan yang tidak kurang juga popular di media sosial, Nur Anis.

Anak keduanya itu telah berkahwin pada 2019.



Selain Nurlisa dan Anis, Rosyam punyai tiga lagi cahaya mata perempuan iaitu Arniesha Azureen, Syadira dan Zarith Maryam.

Murni hati, cantik sungguh anak gadis Fauzi Nawawi!

Nama anak perempuan pelakon Fauzi Nawawi, Hanna Faresha baru-baru ini menjadi sebutan ramai apabila tampil memohon maaf mewakili bapanya.



Hanna, 20, turut aktif sebagai model sambilan dan pernah mencuri tumpuan apabila berjaya memperoleh keputusan 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2016.

Selain itu, Hanna juga meminati jurusan perakaunan dan bercita-cita menjadi juruaudit pada masa akan datang.



Untuk rekod, Hanna merupakan anak ketiga hasil perkahwinan pertama Fauzi dengan bekas isteri.

Difahamkan, Hanna telah melangsungkan pertunangan pada Mac lalu. Sorry gais!



Foto: IG Erysha, Marissa, Lisa, Hanna Faresha