Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum konsert akhir Gegar Vaganza (GV7) berlangsung malam ini.

Seramai tujuh bintang bakal berentap untuk merebut gelaran juara GV7.

Bintang-bintang yang dimaksudkan adalah Oja, Muss, Noraniza Idris, Linda Nanuwil, Ayu Damit, Ashira dan Cliff Umar.

Menerusi tinjauan di media sosial, netizen sudah mula meramalkan juara GV7 pilihan mereka.

Antara nama yang sering menjadi sebutan adalah Oja dan Muss.

Mereka memilih dua nama tersebut berdasarkan penilaian tahap peningkatan persembahan Oja dan Muss saban minggu.





Bagaimanapun netizen juga tidak menafikan potensi juara yang ada pada Linda, Noraniza Idris, Ashira, Ayu dan Cliff.

Masing-masing mempunyai kelebihan, kekuatan dan keunikan mereka yang tersendiri.

Jadi siapa pula juara pilihan anda?

Jangan lupa saksikan konsert akhir GV7 malam ini!

BACA: Tiada Penyingkiran Di Pentas Separuh Akhir, Apa Pula Kejutan GV Kali Ini?

BACA: Corat-Coret GV7: Terkejut, Muka Cliff Umar Memang Tak Boleh Control

BACA: GV7: Semua Ke Final! Ini Recap Dan Komen Juri Di Separuh Akhir

Dikendalikan oleh dua hos versatil Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.