Sempena meraikan ulang tahun ke-10, saluran gaya hidup muslim Astro Oasis menganjurkan karnival ‘Soul Station’ #SatuDestinasi selama tiga hari bermula hari ini.
Karnival yang bertemakan ‘Destinasi Reunion Untuk Semua’ ini bakal menghimpunkan barisan pendakwah, penyanyi, pengacara dan pelawak terkemuka tanah air yang pernah menghiasi program-program popular di Astro Oasis.
Antaranya adalah UNIC, Hijjaz, Rabbani, Oki Setiana Dewi, Hafiz Hamidun, Mawi, Atu Zero, Syuk Joras, Mat Dan, Bienda, Liyana Jasmay, Imam Muda Asyraf, Akhil Hayy, Ustaz Amin Idrus, Ustaz Dato’ Hassan Mahmud, Ustaz Zulkarnain Hamzah, PU Amin dan ramai lagi.
Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Ahmad Fuad Mat Ali, karnival ini bertujuan untuk memupuk nilai-nilai murni dengan pengisian dakwah yang telus, berhemah dan suci.
“Ini adalah kali pertama Astro Oasis menganjurkan karnival besar-besaran seumpama ini. Sesuai dengan sambutan ke-10 tahun saluran Islamik ini, wajar kiranya kami hadiahkan kepada peminat yang setia menyokong kami.
“Saya yakin himpunan nama-nama hebat dan diselangi pula dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik mampu menarik ramai pengunjung baik dari Selangor mahupun dari seluruh negara untuk sama-sama hadir meraikan ulang tahun Astro Oasis ini.
“Alhamdullilah, kami berjaya membariskan selebriti dan pendakwah-pendakwah popular yang pernah menjayakan program-program di Astro Oasis untuk turut terlibat dengan karnival ini. Bertepatan dengan nama yang diberikan, ‘Soul Station #SatuDestinasi.
“Kami menyasarkan lebih kurang 15,000 orang pengunjung yang terdiri dari pelbagai peringkat umur akan hadir sepanjang tiga hari berlangsungnya karnival ini. Kami berharap mereka yang hadir ke bukan hanya mendapat hiburan semata-mata tetapi turut membawa pulang ilmu yang bermanfaat,” katanya.
Dalam pada itu, antara aktiviti-aktiviti menarik menanti pengunjung adalah konsert reunion, sesi beramah mesra dengan selebriti, pesta aiskrim, Hadi Fayyadh X Teega, forum Vaganza, sembang santai UNISEL, sukan futsal, bola jaring dan senamrobik.
Terdapat juga aktiviti-aktiviti Islamik santai seperti Tazkirah Malam Jumaat, Shah Alam Berselawat dan sketsa ilmiah.
Selain itu, pengunjung bertuah juga turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah lumayan dengan menyertai peraduan cabutan bertuah yang dianjurkan.
Karnival ‘Soul Station #SatuDestinasi’ berlangsung pada 27 hingga 29 Oktober 2017, bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam di Universiti Selangor (UNISEL), kampus Shah Alam, dan masuk adalah percuma.
Segala maklumat terkini mengenai ‘Karnival Soul Station #SatuDestinasi boleh diperolehi di laman Instagram (@soulstation.my) atau dengan menyemak kata kunci #satudestinasi.
Terdahulu, sepanjang 10 tahun bersiaran, Astro Oasis telah berjaya membawa pembaharuan segar dalam persada hiburan tanah air khususnya hiburan berlandaskan islamik dengan memperkenalkan beberapa rancangan realiti televisyen yang mengangkat bakat serta mesej-mesej agama seperti program Imam Muda, Pencetus Ummah, Tahfiz Muda dan terbaharu Gema Gegar Vaganza yang telah membuka banyak mata terhadap hiburan dalam Islam.
Sebagai contoh, program Gema Gegar Vaganza berjaya mencipta fenomenanya yang tersendiri apabila mencatatkan jumlah tontonan akumulatif sebanyak 6.7 juta. Satu pencapaian yang sangat luar biasa terutamanya kerana ini merupakan musim pertama ia bersiaran.
Usaha demi usaha yang dilaksanakan Astro Oasis dalam menyampaikan dakwah menerusi pendekatan yang lebih kreatif dan moden ternyata berhasil dan berjaya memberi impak yang positif.
Astro Oasis berjaya meraih beberapa pengiktirafan di majlis-majlis berprestij seperti ‘Anugerah Rebel Idea, Kancil Awards 2010’ yang dimenangi oleh program Imam Muda, ‘Anugerah Rancangan Agama TV Terbaik 2016’ bagi program Pencetus Ummah, ‘Anugerah Komedi Terbaik 2016 dan Anugerah Suntingan Rancangan TV Terbaik 2016’ yang dibolot oleh rancangan Mail & Sudin, pemenang ‘Lagu Hip Hop Terbaik AIM 2016’ menerusi lagu Janji nyanyian Altimet dan Takahara Suiko yang disiarkan dalam rancangan 25 Rasul serta pelbagai lagi.
Mya Amri
Fri Oct 27 2017
Takdir Itu Milik Aku: Shaheizy Sam & Emma Maembong Berjaya Buat Peminat Marah & Geram! | Singgah Set
Cik Bam ke lokasi salah sebuah drama yang tengah trending sekarang ini untuk meninjau pembikinan salah satu babak yang telah meruntun jiwa para penonton Takdir Itu Milik Aku. Lakonan Sam dan Emma memang betul-betul padu sampaikan penulis karya terbaik, Siti Rosmizah pun menitiskan air mata. Nak tahu lebih lanjut, jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #TakdirItuMilikAku
Karya Terbaik Siti Rosmizah Semail
Setiap Isnin - Khamis, 10 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
#AstroBaharu #TIMA #TakdirItuMilikAku
#AstroBaharu #TakMacamDulu
#BambamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #TakdirItuMilikAku
Karya Terbaik Siti Rosmizah Semail
Setiap Isnin - Khamis, 10 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
#AstroBaharu #TIMA #TakdirItuMilikAku
#AstroBaharu #TakMacamDulu
#BambamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.
Adik Ruhainies Kagum Sifat Kakak, Maafkan Orang Hina Dengan Hati Terbuka
Adik kepada pelakon, Ruhainies, Asha Zainul berasa kagum dengan sifat keikhlasan kakaknya yang masih kekal tenang dan memaafkan orang yang menghinanya dengan hati terbuka.
Banjir Dubai: Anang, Ashanty Terkandas, Doa Dapat Segera Pulang
Ribut petir yang melanda Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Selasa membuatkan sebahagian besar bandaraya tersebut lumpuh.
Hantaran Aliff Aziz 'Since You Been Gone' dan Bella Astillah POV Cari Pengganti Curi Perhatian Ramai!
Selepas lama menyepi di media sosial sejak kontroversinya, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz memuat naik hantaran di Instagram Story (IG Story).
Kenali Dr Wan Wardatul Amani, Saintis Malaysia Pertama Terlibat Dalam Misi NASA ke Marikh!
Mungkin ramai diantara kita tidak mengenali beliau, namun pada April 2014 seorang saintis, Prof Madya Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim berjaya mencipta fenomena besar apabila berjaya mencatat sejarah sebagai wanita pertama Malaysia terbabit dalam program penghantaran penyelidikan ke angkasa dalam misi agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebang
Westlife Kembali Ke Malaysia, Bikin Konsert Di Arena Of Stars Genting Highlands Jun Nanti!
Kumpulan pop terkenal dunia, Westlife akan kembali ke Malaysia untuk mengadakan konsert satu malam di di Arena of Stars, Resorts World Genting pada 9 Jun nanti.