Sukan
Olimpik Paris 2024: Pearly-Thinaah Tamatkan Kemarau 8 Tahun Regu Wanita, Bergaya Benam Indonesia Mara Ke Suku Akhir
Sekali lagi tepukan gemuruh dan jeritan padu wajar diberikan kepada pasangan sensasi beregu wanita negara, Pearly Tan dan M.Thinaah setelah berjaya melayakkan diri ke suku akhir badminton Olimpik Paris 2024.
BERITA TRENDING: Sukan Olimpik Paris 2024: Keputusan Terkini, Kedudukan Terkini, Senarai Atlet Malaysia, Jadual, dan Info Siaran Langsung (Live Streaming)
Ini selepas aksi memukau dipamerkan Pearly dan juga Thinaah usai cemerlang tamatkan cabaran terakhir dalam Kumpulan A menewaskan beregu dari Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadanti berlangsung di Aréna Porte de La Chapelle sebentar tadi.
Set pertama, tampak mencabar buat pasangan beregu negara apabila adegan kejar mengejar mata berlaku dari awal permainan untuk kedudukan terikat 9-9 pada satu ketika namun selepas kembali dari interval beregu negera cemerlang ambil set dengan catatan 21-18.
Set kedua, belajar dari kesilapan supaya tidak diekori rapat lawan Pealy-Thinaah kembali dengan semangat membara untuk kawal permainan 11-8 dan usai interval mereka tidak buang masa untuk menoleh ke belakang sekaligus rekod kemenangan bergaya dengan catatan 21-9 dalam tempoh 43 minit.
Dengan kemenangan ini memahat sejarah tersendiri dalam debut pertama Pearly-Thinaah di Olimpik kerana berjaya menamatkan penantian 8 tahun kem badminton negara dari kategori beregu wanita untuk layak ke suku akhir di mana yang terakhir dilakukan oleh Vivian Hoo Kah Mun-Woon Khe Wei di edisi Rio 2016. -Stadium Arena-
BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Hos Digugurkan Komen Berbaur Diskriminasi Terhadap Perenang Australia
BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Ambil Masa Dua Bulan Siapkan Baju Bulu Tangkis, Peminat Sanggup Terbang Beribu Batu Demi Sokong Malaysia
BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Pernah Menang Emas, Atlet Judo Jepun Menangis Histeria Kalah Kepada Uzbekistan
Must-Watch Video