Sesiapa sahaja yang menonton IG Live Neelofa bersama Ustaz Ebit Liew pasti dapat merasakan betapa insan ini sangat lembut cara pertuturannya dan teratur cara penyampaiannya.

Turut berkongsi cebisan pendek Live IG tersebut di Instagramnya, Ustaz Ebit Liew memberitahu Islam adalah kasih sayang dan menjadi rahmat kepada semua insan.



Setiap kali beliau menyebut perkataan 'jahat' atau 'pelacur', dengan segera Ustaz Ebit Liew memohon maaf menggunakan perkataan tersebut.

"Doakan cita-cita saya jangan ada satu orang pun yang lapar atau tiada tempat tinggal di Malaysia ini.

"Semoga Allah terima jadi asbab kebaikan dan hidayah. Saudaraku, di sebalik ujian ada rahmat," tulis Ebit Liew.

Doakan cita-cita saya jangan ada satu orang pun yang lapar atau tiada tempat tinggal di Malaysia ini. Semoga Allah terima jadi asbab kebaikan dan hidayah. Saudaraku disebalik ujian ada rahmat- ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on


Netizen turut meninggalkan komen-komen yang positif buat Ustaz Ebit Liew di Instagram miliknya itu.

"Aminnnnn. Terima kasih ustaz. Teruskan perjuangan. Kami mungkin tak mampu untuk buat apa ustaz buat tapi kami sentiasa ada untuk menyokong ustaz. Semoga ustaz sentiasa dibawah lindungan Nya. Kami sayang ustaz, " tulis frdnazuki.

Pada masa yang sama, sebahagian lain Live IG tersebut turut dikongsi oleh pengguna Twitter dan turut menjadi viral dengan lebih 8,000 Retweet dan lebih 10,000 Likes.

Di laman Twitter, Ustaz Ebit Liew turut mendapat pelbagai komen positif daripada pengguna Twitter.

"I get the point here. So Ebit lew nak kita Muslim seperti sabda Nabi:

خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia”(HR. Ahmad,hasan Albani)

"Jadi manusia manfaat. Sekecil apa kebaikan dari kita, orang lain boleh dapat," tulis hv7yz.

Semoga segala usaha Ustaz Ebit Liew terus diberkati.