Pelawak Achey memberitahu bahawa dia mahu menjalani rawatan kesuburan menerusi proses ujian persenyawaan in vitro (IVF) bersama isteri, Nor Hasanah Yahaya sebagai salah satu usaha untuk menimang cahaya mata sendiri.
Bagaimanapun, kata Achey, hasrat tersebut masih belum lagi tertunai sejak mula dirancang pada penghujung tahun lalu.
"Awal bulan Disember tahun lalu, saya dan isteri memang ada rancang nak buat IVF. Cuma memikirkan mungkin banyak program komedi pada hujung tahun, perancangan itu agak susah kerana nak buat proses tersebut tak boleh stres.
"Sepatutnya bulan Jun lepas, tapi tuntutan kerja dan pandemik Covid-19 pula. Insya-Allah mungkin dalam tahun ini juga, kalau boleh secepat mungkin. Orang rumah pun kalau boleh nak anak dari rahim sendiri juga ," katanya kepada Gempak.
Menurut Achey, dia dan isteri memang mempunyai perancangan untuk menambah cahaya mata selepas mengambil anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018 yang kini berusia dua tahun.
Pada masa sama, katanya, dia tidak kisah sekiranya ada rezeki untuk mengambil anak angkat lagi.
"Kalau ada dapat seorang anak angkat 'sebat' (ambil) sahajalah dulu.
"Tak kisah sebenarnya kalau tambah anak angkat lagi. Bila dah ada seorang jadi seronok. Cuma, kalau boleh nak puas jaga sampai umurnya tiga tahun. Mungkin tambah seorang anak lelaki pula.
"Cuma, sebelum nak ambil tu, saya kena fikirkan dalam ahli keluarga saya ada tak yang boleh jadi ibu susuan untuknya," katanya.
Sebelum ini, Achey pernah memaklumkan isterinya mengalami masalah dalam memberi penyusuan badan kepada anak angkatnya.
BACA: "Isteri Gagal Beri Susu Badan" - Achey Risau Status Anak Angkat, Tapi ...
Achey mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahaya pada 2011.
ZULHILMI JALIL
Tue Oct 13 2020
Kongsi Quote Tentang Pendosa, Posting Instagram Stories Aisyah Aziz Untuk Siapa?
Adik kepada penyanyi Aliff Aziz, Aisyah Aziz baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram Stories tentang kata-kata berkaitan pendosa yang diambil dari Imam Shafi’i. Menerusi hantaran itu, ‘quote’ tersebut menitipkan pesanan tentang bagaimana seorang manusia yang sering berbuat dosa sepatutnya dimaafkan dan tidak sepatutnya dibence. “Sentias
Caprice Bakal Dedah Bukti-Bukti Bagi Isu Yang Tidak Dinyatakan Di Telegram Malam Ini
Pencipta kandungan dan selebriti media sosial, Caprice memuat naik satu hantaran di media sosial mengenai perancangannya untuk melakukan pendedahan berserta bukti berkaitan satu isu pada malam ini.
Lawak Atau Koyak S2 | Fahimi jadi Angau, Kecik jadi bangang.
Penatlah Fahimi Rahmat nak layan Kecik dengan soalan bangang dia tu. Pening dia nak jawab. Layan video ni sampai habis okay. Video #LawakAtauKoyak di gempak.com/zon-lawak & youtube Astro Gempak.
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
Dakwa Caprice Berniat Jahat, Pembantu Peribadi Bella Astillah Dedah Cerita Sebenar Mengenai Tiket Penerbangan
Pembantu peribadi Bella pula tampil bersuara.
Ini Sebab Kenapa Majlis Pernikahan Syasya Rizal Diadakan Secara Tertutup
Anggota kumpulan DOLLA iaitu Sabronzo, Tabby dan Angel mengakui masih lagi berhubung baik dengan Syasya.
Ieda Moin anak tak dapat keluar lokap | YES TUAN EP 1
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Lelaki Serang Kamal Adli Mengaku Bersalah, Dihukum Penjara Selama 2 Tahun
Lelaki yang menyerang pelakon, Kamal Adli menggunakan belantan di Singapore Expo pada Mac tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu oleh mahkamah Singapura pada Khamis. Tertuduh yang dikenali sebagai Muhammad Nabil Rashid, 34, yang juga warga Singapura pada 31 Januari lalu mengaku bersalah atas satu pertuduhan
Tom Dedah Sarah Yasmine Hubungi Fuad Rahman Sejak Tahun 2022, Ini Cerita Sebenar...
Fuad pula keluarkan kenyataan.
Sheriff: Raih RM22.1 Juta Dalam 7 Hari Tayangan Rasmi, Netizen Ucap Tahniah! - “Filem Paling Best 2024!”
Sheriff power! Alhamdulillah.
Aliff Aziz Kantoi Tiada Lesen Memandu, Ruhainies Arah Jangan Pulangkan Kereta Bella
Pendedahan kekasih gelap pelakon dan penyanyi Aliff Aziz, Sarah Yasmine baru-baru ini berjaya mendapat perhatian ramai.