Penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah berang apabila dikecam oleh seorang warganet gara-gara memuat naik terlalu banyak foto dan video di ruangan Instagram Story (IG Story).

Seorang warganet itu mengecam tindakan Aishah di laman sosial Instagram miliknya selepas mendakwa IG Story penyanyi itu dilihat panjang seperti menonton filem.

Penyanyi Janji Manismu itu juga dituduh sebagai ‘orang tua’ yang tidak pandai menggunakan laman sosial tersebut.

“Orang tua bila sakai guna Instagram. Story Insta boleh buat satu movie! Done unfollow,” kata warganet tersebut.

Aishah memuat naik paparan screen IG Story yang menunjukkan kecaman warganet berkenaan di Instagram miliknya.

Balas Aishah, sepatutnya warganet itu berdepan dengannya untuk memberitahu perkara yang tidak memuaskan hatinya.

Malah, Aishah mencabar warganet itu bersemuka dengannya jika dia berani.

“Here comes the haters, orang up komen-komen peminat dalam story pun dipanggil 'orang tua sakai guna Instagram' hahahaha hadoi tak ada kerja lain ke?

“Kalau berani @sisturg you berhadapan dengan I and say this to my face boleh? Itu kalau you beranilah, tak kecut lontar batu sembunyi tangan di belakang gambar hodoh tu... Malangnya hati you yang lebih hodoh,” tulisnya.

Aishah telah memuat naik semula posting peminatnya yang memuat naik gambar serta videonya ketika majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang ke-32 berlangsung pada Ahad lalu.

Jelas Aishah, dia memuat naik semula komen peminat di IG Story bagi menghargai peminat yang menyokongnya selama ini.

“IG I, suka hati I lah,I upkan semua mentions tu sebagai apresiasi kepada followers I, bukti yang I baca setiap komen mereka.

“Orang macam ni baik kita buat report je supaya troopers berbayar ni kena tutup saja account dia. Go get a life please,” tambahanya lagi.

Rata-rata pengikutnya juga bersetuju dengan pendapat Aishah dan meminta agar penyanyi tersebut bersabar menghadapi dugaan tersebut.

Here comes the haters,orang up komen2 peminat dlm story pun dipanggil 'orang tua sakai guna instagram' hahahaha hadoiii tak ada kerja lain ke?Kalau berani @sisturg you berhadapan dgn I and say this to my face boleh???Itu kalau you beranilah,tak kecut lontar batu sembunyi tangan di belakang gambar hodoh tu...malangnya hati you yg lebih hodoh.IG I,suka hati I lah,I upkan semua mentions tu sebagai apresiasi kepada followers I,bukti yg I baca setiap komen mereka.Orang mcm ni baik kita buat report je supaya troopers berbayar ni kena tutup saja account dia.Go get a life please

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on