Sukan berbasikal trek mencuri tumpuan seluruh rakyat Malaysia apabila jaguhnya Datuk Azizulhasni Awang berjaya merangkul pingat perak buat negara dalam acara Keirin Olimpik Tokyo 2020.

Selain kecemerlangan Azizul dan Shah Firdaus, seorang lagi yang menjadi perhatian ramai adalah pacer bagi acara tersebut yang merupakan warga emas.

Namun tahukah anda, warga emas tersebut bukanlah sekadar orang biasa yang diambil menjadi pacer terapi dia juga merupakan seorang Olimpian.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna berkongsi tentang informasi pacer tersebut yang juga jaguh berbasikal Jepun, Sakamoto Tsutomu.


Pacer ataupun nama lainnya Derny digunakan bagi mengawal kelajuan pelumba.

Pacer akan membawa pelumba untuk tiga pusingan pertama dan akan keluar dari trek pada pusingan ke-3 pada anggaran kelajuan 50km/h.

Pelumba tidak dibenarkan memotong pacer sehingga dia keluar dari trek. Kemudian, pelumba akan bersaing sesama sendiri untuk tiga pusingan terakhir bagi merebut kedudukan terbaik.

Di ruangan komen, ramai wargamaya meluahkan rasa kagum mereka terhadap pacer terbabit yang menjadi kebanggaan warga Jepun dalam sukan berbasikal trek.

Tidak kurang juga ramai yang mengusik Azizul boleh menjadi pacer apabila bersara kelak jika Malaysia menjadi tuan rumah bagi sebuah acara sukan.

Jadi nampaknya nak jadi mcm pakcik tu pun kena jadi Olympian gak lah.....huarghhhh,” komen seorang wargamaya.

Teringat balik, sape tah cakap nk jadi pacer kat olimpik pun takpe, janji bleh masuk olimpik,” usik seorang wargamaya.

If kalau malaysia jadi host maybe one day Dato Azizul pulak jadi guidance semua atlet haa,” kata seorang wargamaya.

Dah agak! Pacer ni bukan kaleng kaleng. Mesti berdarah atlet. Gitohh,” tulis seorang wargamaya.

Betul. Dia adalah kebanggaan kami peminat lumba basikal Jepun,” ujar seorang wargamaya.

Patut le muka dia macam tak excited je masuk TV satu dunia tengok. Kalau aku confirm sengih je bangga orang kampung tengok,” komen seorang wargamaya lagi.

Sumber dan kredit foto: Twitter @k_izzudin