Berkongsi ucapan manis buat satu sama lain, Yuna menyifatkan dirinya wanita paling beruntung memiliki Adam.
"1 year anniversary for this Sinclair couple.
"I’m the luckiest girl ever to find a love as true and as silly as you. Now we can both go annoy people, together," tulisnya menerusi akaun Instagram.
Adam juga berkongsi sekeping foto Yuna berserta kapsyen berbunyi: "I love you yangi. Happy one year."
Sempena ulangtahun perkahwinan pertama mereka juga, Yuna memuat naik beberapa keping foto menyarung dres labuci manakala Adam lengkap bertuksedo.
Foto-foto romantis itu telah dirakam di Malibu, California, Amerika Syarikat oleh seorang jurugambar popular di sana.
Yuna dan Adam telah bernikah pada 26 Januari 2018 di sebuah resort mewah berlatarbelakangkan pergunungan di Pahang.