Penyampai radio popular Linda Onn menafikan tuduhan meraih pendapatan sehingga RM45,000 sebulan sepanjang berkhidmat di Suria FM.

BERITA TRENDING: Tyzo Dedah Dipaksa Undur Diri Jadi Penyampai Radio - “Minta Maaf Ini Bukan Keputusan Saya”

Tegas Linda, 47, dia tidak pernah menerima gaji mencecah lima angka sepanjang bergelar penyampai radio.

"Banyak sangat. Saya tidak pernah dapat sebegitu. Pandai-pandai sahaja awak cakap begitu. Seronok kalau betul dapat gaji begitu (RM45,000). Mana ada pernah dapat begitu dan sampai ke sudah tidak pernah tinggi.

"Dulu menang anugerah pun, nama tengah gah pun gaji tidak sampai RM10,000. Bertuah penyampai radio sekarang sampai jejak RM50,000 hingga RM150,000 sebulan," katanya menerusi Facebook.

A post shared by Linda Onn (@lindaonn7)


Dalam pada itu, Linda akui teruja mengetahui peningkatan pendapatan penyampai radio sekarang yang didakwa lebih tinggi berbanding zamannya.

“Zaman dulu lain. Mungkin ada yang dapat RM40,000 hingga RM100,000 tetapi saya tidak. Kalaulah bakat saya dihargai dulu sampai dapat sebegitu, seronoknya.

“Kenapa? Kita terima sahaja. Mungkin standard saya tidak sampai tahap itu. Gembira dengar gaji penyampai radio sudah beratus ribu sekarang.

“Masya-Allah banyaknya! Kadang terfikir kenapa saya tidak dapat begitu. Itu bermakna sudah tertulis rezeki sebagitu,” ujarnya lagi.

PILIHAN PEMBACA: Ada Dakwa Tyzo Minta Gaji Tinggi?

Baru-baru ini, pelakon Datuk Fauziah Nawi turut mendedahkan pendapatan penyampai radio swasta yang boleh mencecah RM 150,000 sebulan.

Perkongsian tersebut merujuk kepada sumber yang memaklumkan bekas penyampai radio, Tyzo bersikap ‘demanding’ termasuk menuntut kenaikan gaji terutama selepas menang trofi Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular Ke-35 (ABP35) tahun lalu.

Jumaat lalu, Suria FM iaitu stesen radio milik Star Media Group Berhad, mengumumkan khidmat Tyzo sebagai penyampai bagi segmen Suria Petang, ditamatkan secara tiba-tiba.