Laman Utama

Pandai Menulis Khat, Perbincangan Idea & Semangat Cintakan Tanah Air, Ini Tiga Beradik Hebat Di Sebalik Kejayaan Mat Kilau

gempak
Mya Amri
07/08/2022
22:00 MYT
Sponsor Banner
Pandai Menulis Khat, Perbincangan Idea & Semangat Cintakan Tanah Air, Ini Tiga Beradik Hebat Di Sebalik Kejayaan Mat Kilau
Sungguh luar biasa penangan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang mendapat sentuhan magis pengarah popular, Syamsul Yusof.
Filem yang berjaya mencetuskan fenomena ini telah membangkitkan semangat anak Melayu tanpa mengenal usia.
Filem penuh aksi persilatan ini juga berjaya mengalahkan deretan filem dalam kategori ‘All Time International Malaysia Box Office’ termasuklah The Avengers, Jurassic World, Spiderman dan Black Panther.
Mat Kilau dibintangi oleh pelakon hebat antaranya Datuk Adi Putra, Fattah Amin, Beto Kusyairy, Johan Asaari, dan Wan Hanafi Su.
Namun tahukah anda di sebalik kejayaan sesebuah filem, selain daripada mendapat sentuhan pengarah dan diterjemahkan pula dalam bentuk karakter dengan baik oleh para pelakon handalan, ada tiga nama hebat di belakangnya.

Siapa tiga beradik di sebalik Mat Kilau?

Tiga nama itu adalah Pengarah Urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mat Dali yang juga merupakan penerbit Mat Kilau, Penerbit Eksekutif dan Penulis Skrip asal, Sharuddin Mat Dali serta Ketua Promosi dan Pemasaran, Ismail Mohd Dali.

Bekerja dengan adik-beradik

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa tiga persona hebat ini merupakan adik-beradik yang bertungkus lumus memastikan karya masterpiece ini dihidangkan kepada penggemar filem.
Berpeluang untuk bertemu dan berbual bersama tiga insan hebat ini merupakan pengalaman berharga buat Gempak.
Berbicara soal kerjasama, Rahman berkata mereka tidak mempunyai masalah untuk bekerja walaupun memiliki pertalian darah.
“Tidak ada masalah, kami bertiga sejenis yang cool sahaja, steady. Kalau nak tegas sedikit abang saya. Jadi kami berdua jenis yang cool.
“Tetapi saya percaya dalam mana-mana pasukan seorang mesti jadi pemutus kepada keputusan, barulah ada kestabilan.
“Dalam pasukan kami, kita percaya ada yang demikian, kita jelas siapa yang memutuskan jadi sebab itu stabil. Insya-Allah. Alhamdulilah kami seronok,” katanya ketawa.

Tercetusnya Idea Mat Kilau

Rahman juga berkongi bahawa penghasilan Mat Kilau merupakan cetusan idea bersama adik-beradiknya sendiri.
“Antara yang menarik satu ketika dulu, saya ingat dalam bas, ketika perjalanan bila kita berbincang adik-beradik, saya beritahu kenapa tidak Udin yang buat? Kemudian dia kata okay.
“Sebelum ini kita pernah melantik seorang yang kita fikir mungkin boleh membantu kita dalam penghasilan karya, tetapi ada masalah tersendiri.
“Jadi akhirnya kami kata kita buat sendirilah. Adik saya rupanya berminat betul, dia pun dulu di sekolah pandai menulis khat, dia ada seninya juga.
“Jadi saya rasa sesuailah sebab kita pun faham, apa pemikiran bersama, sehati sejiwa dengan isu-isu berkaitan dengan hal agama, bangsa, tanah air dan sebagainya. Itulah asal-asalnya,” jelasnya.

Hiburan bermanfaat

Bukan hanya sekadar hiburan, filem ini juga menawarkan pelbagai elemen baik yang boleh diambil.
Antaranya keberanian seorang tokoh pahlawan, memupuk semangat cintakan tanah air dan memperkenalkan seni mempertahankan diri iaitu persilatan.
Selain itu, Mat Kilau juga disulami dengan elemen agama dan aksi yang disatukan dengan begitu baik.
“Kalau bercakap tentang konteks menceburkan diri dalam perfileman, asalnya saya berbincang dengan adik saya, Sharuddin, tentang apanya keperluan dalam dunia perfileman.
“Kita lihat apa yang dipaparkan dan kita fikir apa yang perlu kita paparkan, berbincang tentang kelopongan dalam industri.
“Banyak lagi mereka-mereka yang mungkin nak tengok wayang tetapi tidak terpanggil, jadi kita rasa di situ satu ruang untuk kita serve market ini.
“Yang paling penting ialah bagaimana kita menghiburkan… Sambil menghiburkan hiburan yang bermanfaat. Itulah juga antara pencetusnya,” ujar Rahman.
BACA: “Ada Sasaran Tapi Tak Pernah Terfikir Lebih RM90 Juta” - Penerbit Syukur, Tak Sangka Mat Kilau Jadi Fenomena
Jadi apa yang boleh dikatakan, Mat Kilau bukan hanya sekadar filem sebaliknya ia juga berjaya membangkitkan semangat penonton dan berkongsi kehebatan pahlawan yang berjuang untuk mempertahankan tanah air.
Untuk info: filem arahan Syamsul Yusuf ini berjaya mencatat kutipan RM1 juta ringgit pada hari pertama tayangan menjadikannya filem epik pertama Malaysia memecah rekod kutipan hari pembukaan paling tinggi dalam sejarah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live