Laman Utama
"Pandangan Saya Lebih Matang Sejak..." - Sara Ali
Pelakon Sara Ali akui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara kita sejak Mac lalu banyak memberi kesan kepada rakyat Malaysia.
Menurut Sara, dia merasakan perspektif dirinya sebagai seorang pelakon mengalami perubahan dan berpandangan lebih matang.
"Sejak pelaksanaan PKP beberapa bulan lalu, sudah tentu ada sedikit perspektif dalam diri kita yang berubah.
Advertisement
"Saya rasa perkara ini berlaku kepada semua orang, untuk perspektif saya sebagai seorang pelakon, pandangan saya boleh dikatakan lebih matang.
"Ada banyak perkara yang saya tolak sehinggalah saya menerima tawaran berlakon dalam drama bersiri Tanya Sama Pokok arahan Sabri Yunus," katanya kepada Gempak.
Sara berkata demikian ketika ditemui di lokasi penggambaran Tanya Sama Pokok di Sungai Besar, Kuala Selangor pada Ahad.
Dalam pada itu, Sara sempat bercerita tentang keistimewaan drama bersiri itu yang membuatkan dia tertarik untuk menerima tawaran yang diberikan.
"Keistimewaan drama bersiri ini, ia berkonsepkan komedi, tetapi apa yang saya boleh cakap, komedi yang dibawa dalam Tanya Sama Pokok ini sangat berbeza dengan apa yang selalu dilihat sebelum ini.
"Dalam pada itu, kita juga dapat tahu tentang penerimaan penonton setelah drama ini ditayangkan nanti, ia satu pembaharuan dan percubaan berani, sama-sama kita nantikan tidak lama lagi," katanya lagi.
Selain Sara, Tanya Sama Pokok turut menampilkan barisan pelakon terkenal lain seperti Sabri Yunus sendiri, Datuk Fizz Fairuz, Mona Allen, Angeline Tan dan ramai lagi.
Drama bersiri ini akan menemui anda bermula 21 September 2020, setiap Isnin, jam 9.00 malam di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
Must-Watch Video