Sukan
Paralimpik Paris 2024: Bonnie Pecah Rekod Dunia, Sumbang Emas Kedua Negara
Jaguh angkat berat para negara, Bonnie Bunyau Gustin, menggondol pingat emas kedua negara dalam Sukan Paralimpik Paris 2024 di Arena Porte de La Chapelle, sebentar tadi.
Juara dunia 2023 kategori 72kg itu berjaya mempertahankan kejayaan yang dimenanginya ketika di Tokyo 2021 sekali gus menepati ramalan menduduki podium tertinggi temasya berprestij itu sambil menyaksikan lagu NegaraKu berkumandang kali kedua di bumi Kota Cinta.
Dalam aksi final angkat berat tersebut, atlet kelahiran Sarawak itu berhasil memecahkan rekod dunia miliknya sendiri (231kg) dengan angkatan baru 232kg yang turut mencatatkan rekod temasya yang baru.
ARTIKEL BERKAITAN: Paralimpik Paris 2024: Yusof Hafizi Pelumba Terbaik Asia
ARTIKEL BERKAITAN: Paralimpik Paris 2024: Cheah Liek Hou Sumbang Emas Pertama Buat Malaysia
ARTIKEL BERKAITAN: Paralimpik Paris 2024: Malaysia Raih Pingat Pertama
Advertisement
Dia melakukan angkatan pertama dengan 221kg sebelum memastikan emas miliknya di angkatan kedua dengan 226kg.
Angkatan ketiganya, 232kg cukup untuk menjadi penyumbang emas kedua temasya berprestij itu selepas Cheah Liek Hou.
Sumber: Astro AWANI
Must-Watch Video