'Pasangan Kekasih' Ditahan Tilik Nasib Di TikTok
Wanita warga Indonesia bersama kekasih 'pengkid' mampu meraih RM100 dalam tempoh dua jam dengan hanya menilik nasib seseorang menggunakan kad tarot.
Bagaimanapun, kegiatan itu berjaya dihidu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Negeri Sembilan (JHEAINS) baru-baru ini sebelum kedua-dua mereka ditahan Jumaat minggu lalu.
Wanita dan 'pasangannya' masing-masing berusia 30-an itu ditahan kerana disyaki melakukan perbuatan salah di sisi Islam dan bersubahat melakukan kesalahan itu di sebuah rumah dua tingkat di Sendayan, Negeri Sembilan pada 9 malam.
Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS Ahmad Zaki Hamzah berkata, hasil risikan mendapati, kegiatan terbabit dilakukan pasangan songsang berkenaan sejak pertengahan tahun ini menerusi siaran langsung di TikTok.
Menurutnya, bayaran dikenakan kepada pelanggan menerusi pemberian gift (hadiah) di TikTok berdasarkan tiga bentuk ramalan yang dilakukan iaitu soal percintaan, nasib ekonomi dan tuah kehidupan.
"Sebelum ditilik, pelanggan perlu membuat bayaran melalui pemberian gift yang boleh ditukar dalam bentuk wang.
"Berdasarkan keterangan daripada suspek, mereka mendakwa hanya memperoleh RM20 sehari, tetapi kami percaya mereka boleh dapat lebih dari itu berdasarkan kemampuan mereka menyewa rumah yang kadar sewanya lebih RM1,000 sebulan," katanya kepada Harian Metro, pada Rabu.
BERITA TRENDING: Azrinaz Mazhar Hakim Pertama Kali Berpisah Dengan Anak-Anak, Anggap Bukan Keputusan Mudah – “Kali Ini Saya Kuatkan Hati”
BERITA TRENDING: “Macam Justin Bieber Campur Angelina Jolie” - Tular Video Potong Rambut, Netizen Samakan Muka Aisar Khaled Dengan Artis Hollywood
BERITA TRENDING: "Saya Jual Kopi Tanpa Bancuh, Bukan Jual Tubuh" - Bulan Pernah Diajak Ke Ranjang Gara-Gara Pakai Seksi
BERITA TRENDING: Terperangkap cinta 'Love Scam' Dua Wanita Warga Emas Rugi Lebih RM2 Juta Terpedaya Kekasih Maya
Katanya, wanita Indonesia itu disiasat mengikut Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 manakala seorang lagi suspek disiasat mengikut Seksyen 34 enakmen sama.
"Suspek dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah di sini Sabtu lalu dan diperintahkan membayar wang jaminan masing-masing RM3,500 dan RM2,500.
"Ini adalah kali pertama penguatkuasaan dilakukan terhadap ajaran salah menilik masa depan dan ia termasuk dalam amalan khurafat," katanya.