Laman Utama
Patuh PKP, Awal Dan Scha Tangguh Hasrat Kenalkan Lyla Pada Keluarga
Pelakon Awal Ashaari dan Scha Alyahya patuh dengan arahan kerajaan yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Menurut Awal, disebabkan itu juga dia mengambil keputusan untuk menangguhkan hajat memperkenalkan anak keduanya, Lyla Amina memandangkan tidak dibenarkan untuk berkumpul bersama keluarga sepanjang perlaksanaan PKP.
“Kita akur dengan keputusan kerajaan dan menjadi rakyat Malaysia yang baik untuk duduk dirumah dan tidak merentas negeri.
Advertisement
“Masa Scha melahirkan Lyla, memang SOP sangat ketat. Ibu saya dan keluarga lain juga tak dapat melawat. Jadi mereka mengharapkan raya baru dapat bertemu dengan Lyla.
“Saya pun tak jemput siapa-siapa datang rumah sebab kita takut, ada anak kecil lagi kan. Adik-beradik nak datang pun saya kata nanti dulu, raya kita jumpa.
“Ingatkan raya dapatlah berkumpul bersama keluarga untuk memperkenalkan anak kedua kami namun disebabkan PKP dah kembali dilaksanakan maka kami tangguhkan niat.
“Tapi nak buat macam mana, kalau kita tidak patuh mungkin akan mendatangkan kemudaratan.
“Jadi sebagai rakyat Malaysia kami memilih untuk kekal di rumah dan ikut seperti yang disarankan,” katanya kepada Gempak.
Awal dan Scha mendirikan rumah tangga pada 2012 dan hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Lara Alana pada 22 Julai 2014 manakala Lyla Amina pula 12 Februari lalu.
Dalam perkembangan lain, Awal dan Scha baru sahaja melancarkan produk makanan mereka di bawah jenama Amina Food iaitu Schambal.
Schambal hadir dengan dua jenis hidangan iaitu Schambal Garing Ikan Bilis dan Schambal Bilis Garing Tempeh.
Must-Watch Video