Sejak ditayangkan pada 25 Mei lalu, filem kepolisian Polis Evo 3 mendapat sambutan hangat dalam kalangan penonton.

Meraih kutipan sebanyak RM45 juta setakat ini, Polis Evo 3 dilihat menjadi pilihan terutama penggemar filem-filem tempatan.

BACA: #PE3: Kutipan Cecah RM45 Juta, Penonton Puji Polis Evo 3 Sudah Layak Ke Tahap Antarabangsa

Menerusi tinjauan Gempak, terdapat pengguna Twitter yang memberi markah sebanyak 9/10 selepas menonton filem Polis Evo 3.



Selain itu, ada juga penonton yang menginginkan francais Polis Evo diteruskan untuk filem seterusnya.

“Saya sokong series Polis Evo ini diteruskan lagi ke series seterusnya sebab it’s a good one. Malaysia perlukan movie yang macam ni,” kata pengguna Twitter berkenaan.



Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai.

Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.

Setakat ini, Polis Evo 3 berjaya meraih kutipan tiket sebanyak RM45 juta.

BACA: #PE3: Wah Ada Suara Inspektor Sani & Khai! PUBG Mobile Lancar Pek Khas Untuk Polis Evo 3

Filem Polis Evo 3 menampilkan barisan pelakon seperti Shaheizy Sam, Zizan Razak, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan dan Eyka Farhana.

Terdahulu Polis Evo (2015) mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan box office lebih RM18 juta dan Polis Evo 2 (2018) memungut jumlah box office RM23 juta.

Saksikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 yang kini berada di pawagam. Gunakan #PolisEvo #PolisEvo3 #PE3 bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Polis Evo 3 di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.