Hiburan
Pelakon Baharu Menangis Nama Digugurkan Dalam Sebuah Drama - “Pihak Produksi Beritahu, Saya Banyak Buat Masalah”
Pendatang baharu, Shah Hamid tidak mahu berputus asa apabila disaat-saat akhir namanya ditarik dalam senarai pelakon sebuah drama oleh penerbit terkenal.
BERITA BERKAITAN: Amar Baharin Dedah Amyra Rosli Pertama Kali Rasa Pengalaman Keguguran, Usia Kandungan Baru Cecah 1 Minggu – “Sebelum Ini Hanya Dengar Orang Bercerita”
BERITA BERKAITAN: “Dia Terus Telefon Mak Saya…” - Zizi Kirana Kongsi Momen Sewaktu Dilamar Yusof Bahrin
Kata pelakon berusia 22 tahun ini juga, dia hanya dimaklumkan kepada pihak pengurusan seminggu sebelum tarikh pengambaran.
"Sebenarnya terus terang saya kata saya memang kecewa apabila dapat tahu nama saya terkeluar dari sebuah drama.
"Pihak produksi beritahu saya banyak buat masalah. Sedangkan saya pun tertanya-tanya masalah apa yang saya buat? Bila ditanya mereka hanya berdiam," katanya.
Pelakon Haloba ini juga memberitahu, pada awalnya dia seolah-olah berputus asa dengan khabar yang diterima.
Namun, jelas anak muda ini dia tidak mahu terus bersedih, sebaliknya menerima ujian kecil dengan hati terbuka.
"Saya mengaku pada awalnya saya menangis apabila diberitahu tidak boleh berlakon dalam drama itu. Sebab saya memang teruja dengan tawaran yang diterima.
"Tetapi lama kelamaan saya cakap dengan diri saya. Saya tidak boleh terus putus asa. Saya perlu bangkit," ringkasnya.
Katanya juga, setelah digugurkan nama dalam lakonan berkenaan, Shah Hamid kini tidak kenal erti lelah untuk terus mencari peluang dalam dunia lakonan.
"Saya akan tetap berusaha untuk cari peluang walaupun watak itu tidak sebesar mana. Saya tetap mahu cuba jika ada rezeki.
"Dapat atau tidak itu belakang kira. Janji saya tetap bangkit dan mahu mencuba mana-mana peluang yang ada," akhirinya.
Must-Watch Video