Hiburan

Pelakon, Hos Denny Sumargo Makan Otak Arnab Untuk Perbaiki Kualiti Sperma

gempak
Maliah Surip
23/03/2024
03:50 MYT
Sponsor Banner
Pelakon, Hos Denny Sumargo Makan Otak Arnab Untuk Perbaiki Kualiti Sperma
Pelakon, hos dan content creator terkenal Denny Sumargo kini berbahagia kerana bakal bergelar ayah beberapa bulan lagi.

BERITA TRENDING: Sperma Dr Say Tak Normal, Sean Nangis | Motif Trending

Isterinya, Olivia Allan kini hamil enam bulan anak pertama mereka selepas berkahwin sekitar empat tahun lalu.
Ada cerita menarik di sebalik perjuangan Denny dan Olivia dalam mencapai misi menjadi ibu dan bapa.

BERITA TRENDING: Kourtney Kardashian Makan Telur Burung Puyuh Setiap Hari Demi Nak Cepat Hamil

Menurut Olivia, dia sangat terharu dengan pengorbanan suaminya yang sanggup melakukan pelbagai perkara sebagai usaha untuk mendapatkan anak.
Denny sebelum ini disahkan doktor mempunyai masalah dengan kualiti sperma kurang baik.
Untuk memastikan dia dapat menjadi seorang ayah, bekas atlet bola keranjang ini antaranya memakan madu dan tiram.

PILIHAN PEMBACA: “Banyak Kepala Spermanya Cacat” - Doktor Berpendapat Air Mani Lelaki Aktif Berbasikal Berisiko 'Lemah'?

Namun salah satu makanan yang telah diambil Denny untuk meningkatkan kualiti spermanya adalah otak arnab.
“Dia baca otak arnab bagus untuk memperbaiki sperma. Jadi dia cuba.
“Tapi ternyata ia tidak sesuai seperti jangkaan. Otak arnab terasa pahit meski sudah dibuat sup. Kurang enak,” dedah isterinya seperti dilaporkan Viva.co.id.
Selain itu sebagai usaha, Denny juga membeli sepasang burung merpati untuk membuat sial agar dirinya boleh mendapat zuriat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live