Hiburan

Pelakon Squid Game 2, Selebriti Pertama Korea Ditangkap Kerana Melacur Gadis Bawah Umur

gempak
Maliah Surip
31/12/2024
07:25 MYT
Sponsor Banner
Pelakon Squid Game 2, Selebriti Pertama Korea Ditangkap Kerana Melacur Gadis Bawah Umur
Bahang siri Squid Game 2 sedang hangat selepas ditayangkan sejak 26 Disember lalu.

Pemain Squid Game 2 nombor 100

Pada saat peminat siri ini teruja menyambut sekuelnya, ada kisah tidak enak yang membuat netizen Korea Selatan berang.
Hal itu lantaran penerbit telah mengambil pelakon yang pernah dilabelkan sebagai selebriti pertama Korea Selatan yang terlibat dengan dunia pelacuran gadis bawah umur.
Aktor tersebut adalah Song Young Chang. Dia memegang watak pemain nombor 100.

Menerusi kronologi kes, Young Chang ditangkap pada tajhun 2000 silam selepas membayar RM455 untuk melakukan seks bersama seorang gadis. Dia kemudian menyetubuhi gadis berusia 16 tahun itu di dalam kereta.

Akibat perbuatan itu, Young Chang telah ditangkap dan menjadi selebriti Korea pertama yang dijatuh hukum berkaitan jenayah seumpamanya, lapor AllKPop.

Terima hukuman penjara & dua tahun pemerhatian

Young Chang menerima hukuman penjara 10 bulan dan dua tahun pemerhatian.
Dia juga telah ‘diharamkan’ beberapa stesen televisyen sebelum kini terbabit dalam Squid Game 2.
Pembabitannya di dalam Squid Game 2 menimbulkan pro dan kontra apabila ada peminat berasa aktor tersebut tidak patut diberi peluang dalam naskhah fenomena ini kerana pernah terbabit dengan jenayah.

ARTIKEL BERKAITAN:Belum Tayang, Squid Game 2 Dicalonkan Dalam Golden Globe Ke-82

ARTIKEL BERKAITAN:Baru Keluar Trailer Squid Game 2, Player Nombor 333 Dah Jadi Perhatian - “Berlakon Power! Tak Tahu Jadi Psikopat Ke Good Boy”

ARTIKEL BERKAITAN:TOP Bigbang Muncul Dalam Trailer Squid Game 2, Peminat Tanya: “Jadi Villain?”

ARTIKEL BERKAITAN:Rumah Bintang Squid Game, Lee Byung Hun Dirompak

ARTIKEL BERKAITAN:Bintang Squid Game, Oh Young Soo Dituduh Lakukan Gangguan Seksual

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024