Laman Utama
Pelakon Usia 30-an Jalin Cinta Dengan Gadis 14 Tahun, Ada Yang Gelar Pedofil
Seorang pelakon yang pernah ditangkap kerana memalsukan sijil nikah pada tahun 2019 kini kembali menjadi buah mulut ramai.
Hal itu lantaran dia mengaku menjalin hubungan dengan kekasihnya yang 20 tahun lebih muda.
Apa yang membuatkan masyarakat berang adalah pelakon itu, Kriss Hatta mengaku secara terbuka dia yang kini berusia 34 tahun sedang dilamun cinta dengan gadis berusia 14 tahun!
“Nyaman bersama (cinta) anak beza usia 20 tahun. Orangnya baik, lebih sabar menghadapi saya yang dominan," kata Kriss Hatta seperti diberitakan Detikcom.
Selain itu dia juga mengatakan: "Walaupun usia masih kecil, dia boleh bercinta sama yang dewasa. Saya juga tak sangka gadis usia muda (14 tahun) mahu bercinta dengan saya yang sudah berumur.”
Kriss Hatta dalam temubual sama mendakwa hubungan mereka mendapat restu daripada ibu dan bapa remaja perempuan yang masih dirahsiakan identitinya.
Sebaliknya Kriss Hatta yang menyebut gadis tersebut sebagai pelakon remaja baharu itu akan dinikahi usai tamat sekolah menengah.
Pengakuan tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.
Malah ada yang melabelkan pelakon serta hos itu sebagai pedofil (lelaki yang menyukai kanak kanak) dan meminta Kriss Hatta menghentikan hubungan tersebut.
Selain itu, isu percintaan Kriss Hatta dengan remaja berusia 14 tahun tersebut juga mendapat kritikan dari Komisi Perlindungan Anak Indonesia (KPAI).
Mereka berpendapat tindakan Kriss Hatta yang mempunyai hasrat menikah dengan gadis belasan tahun selepas habis sekolah sebagai bukan teladan yang baik kepada masyarakat.
Kredit Foto: CNNIndonesia, Detik.com
Must-Watch Video