Laman Utama
Pelakon Wanita Terima Hadiah Tikus Mati, Foto Diconteng Mantera
Seorang pelakon wanita popular Indonesia, Amanda Manopo mengaku menjadi selebriti tidak hanya dikelilingi peminat tetapi juga para pembenci (haters).
Selain dikritik di media sosial, ada dalam kalangan haters bertindak lebih berani dengan mengirim pelbagai jenis ‘hadiah’ yang disifatkan Amanda sebagai menakutkan.
Amanda mengaku pernah menerima kiriman aneh seperti rambut, foto yang diconteng dengan ancaman malah tikus mati!
“Mereka (haters) suka kirim benda-benda aneh ke rumah saya. Dulu saya pernah terima tikus mati.
“Ada juga yang kirim gumpalan rambut kemudian foto pula diconteng dengan kata-kata atau doa yang tak baik,” akui Amando seperti dilaporkan Insertlive.
Oleh kerana kerap menerima kiriman aneh, Amanda mula belajar untuk menolak setiap pemberian peminat.
Bukan kerana sombong tetapi dia hanya mahu menjaga diri dan mengelakkan hal buruk berlaku.
“Dulu kalau ada yang beri makanan dan saya terima tapi selepas itu ada sesuatu yang aneh terjadi. Kini saya belajar untuk tidak menerima pemberian peminat terutama makanan.
“Kalau ada dapat kiriman saya biasanya tidak ambil kecuali saya sendiri yang membuat pesanan,” kata pelakon yang terkenal dengan drama Ikatan Cinta tersebut.
Must-Watch Video