Seorang pelari ultramaraton, Joasia Zakrzewki, 47, telah digantung selama setahun daripada menyertai sebarang pertandingan maraton oleh persatuan UK Athletics.

BERITA TRENDING: Pelari Somalia Yang Dilabel Atlet Paling Perlahan Dalam Sejarah Jawab Kritikan

Hukuman dijatuhkan selepas wanita tersebut didapati menipu untuk menang tempat ketiga menerusi menyertaannya dalam 2023 GB Ultras Manchester ke Liverpool 50 kilometer pada 7 April lalu.

Zakrzewski didapati telah menaiki kereta sejauh 2.5 km sebelum menyambung larian dan menamatkan pertandingan tersebut lapor BBC.

Selepas helah kemenangannya terbongkar, Zakrzewski tetap tidak memulangkan trofi yang dimenangi.

“Walaupun dia mengalami masalah kesihatan sewaktu pertandingan, ia tidak boleh berlaku (naik kereta) dan mempunyai masa seminggu selepas pertandingan untuk memulangkan trofinya. Tapi dia tidak berbuat demikian,” kata kenyataan yang dikeluarkan.

Wanita tersebut diketahui memang aktif mengikuti pelbagai acara maraton.

PILIHAN PEMBACA: Maraton 42.2KM Berbaju Melayu Bulan Bintang, Pelari Terkenal Edan Syah Lakar Guiness Book of...