Dua defendan dalam kes kematian pelakon terkenal Thailand, Nida “Tangmo” Patcharaveerapong, dijatuhi hukuman penjara.
Mahkamah Wilayah Nonthaburi walau bagaimanapun menggantung hukuman penjara tersebut dan memerintahkan mereka menjalani khidmat komuniti, lapor Bangkok Post.
Pada 2 Mac lalu, pemilik bot laju Tanupat "Por" Lerttaweewit mengaku bersalah atas tuduhan cuai hingga menyebabkan kematian, manakala Phaiboon "Robert" Trikanjananun mengaku bersalah mengendalikan bot itu tanpa lesen.
Tanupat dijatuhi hukuman penjara lima tahun lapan bulan dan denda 128,000 baht.
Hukuman penjaranya dikurangkan kepada dua tahun sembilan bulan, hukuman digantung tiga tahun, dan denda dikurangkan kepada 64,000 baht.
Dia diarahkan untuk melaksanakan perintah khidmat komuniti.
Sementara itu, Phaiboon pula dikenakan hukuman penjara empat tahun empat bulan dan denda 108,000 baht.
Hukuman penjaranya bagaimanapun dikurangkan kepada dua tahun dua bulan, dengan hukuman digantung tiga tahun, dan denda dikurangkan kepada 54,000 baht.
Dia juga diarah melaksanakan perintah khidmat komuniti.
Tangmo, 37, terjatuh ke dalam Sungai Chao Phraya ketika menaiki bot laju berhampiran jeti Pibul 1 di daerah Muang, Nonthaburi pada malam 24 Feb tahun lepas.
Mayatnya ditemui dua hari kemudian.
Enam suspek didakwa terlibat dalam kes yang mengejutkan dunia hiburan ini, termasuk kalangan netizen di Malaysia.
Selain Tanupat dan Phaiboon, empat lagi tertuduh ialah Wisapat "Sand" Manomairat, Nitas "Job" Kiratisoonthisathorn, pengurus Tangmo Idsarin "Gatick" Juthasuksawat, dan Peam "Em" Thamtheerasri.
Awani
Fri May 12 2023


Peraduan Gempak Most Wanted

Lelaki Diseksa, Sapu Minyak Panas Pada Alat Kemaluan Sampai Kencing Berdarah Kerana Hubungan Tak DiRestui
Mimpi ngeri hubungan cinta tak direstui keluarga.

Firasat Ibu Kuat, Pelakon Ditemui Mati Ditanam Belakang Rumah Lepas 5 Bulan Hilang
Misteri kehilangan pelakon drama akhirnya terjawab.

#OhAbeNik: Sempoi, Stailo 'Malas-Malas'! Ini Gaya OOTD Mudah Ala Bintang Hollywood Dengan Adidas Samba OG
Apa sebab korang perlu stick dengan Adidas Samba OG?

#PE3: Lakonan Jahat Sharnaaz Ahmad ‘Pukau’ Penonton, Jom Kita Throwback Watak ‘Villain’ Dalam Polis Evo 1 & 2
Mantah boh!

5 Cara Mudah Hilangkan Bulu Badan Yang Anda Boleh Cuba Di Rumah... Nombor 5 Tu Memang Mantap!
Shhh, ini rahsia kita

Tak Sampai Dua Tahun, Khidmat Bapa Anzalna Nasir Sebagai CEO Finas Ditamatkan
Profesor Dr. Md Nasir menerima bayaran sebulan gaji bagi menggantikan notis.

"Ni Neraka Namanya!"- Tak Tahan Panas, Michael Ang Tanya Bila Nak Winter
Michael Ang Tanya Bila Nak Winter?

#GempakMostWanted: Kawan Anak Buat Group WhatsApp Puji Ijoy Handsome, Amir Ahnaf Masih #1 Dalam Carta? Semak Apa Best Minggu Ni!
Pecah perut gelak bila ada family Sheira Ijoy ni!

Ke Tepi Robert De Niro, Al Pacino Bakal Dapat Anak Pada Usia 82 Tahun!
Hebatnya!