Hiburan

Peminat Mahu Irma Hasmie Kembali Berlakon, Ini Jawapan Empunya Badan – “Saya Masih Aktif Lagi, Cuma…”

gempak
Khairil Khusyairi
01/08/2024
21:55 MYT
Sponsor Banner
Peminat Mahu Irma Hasmie Kembali Berlakon, Ini Jawapan Empunya Badan – “Saya Masih Aktif Lagi, Cuma…”
Pelakon Irma Hasmie memaklumkan dia masih menerima tawaran berlakon namun harus memberi keutamaan kepada keluarganya.

Mahu Fokus Pada Anak-Anak

Menurut Irma, dia tidak mahu melepaskan momen-momen dalam membesarkan anak-anak.

“Berlakon itu sentiasa ada, cuma keutamaan saya itu memang fokus pada keluarga dan anak-anak.

“Saya tak mahu terlepas momen-momen walaupun sehari, seminggu dan sebulan. Mungkin waktu-waktu tertentu seperti saya pergi umrah, itu memang saya kena uruskan.
“Tetapi soal kerjaya pula, saya ada bahagian-bahagian lain buat masa ini saya boleh uruskan lagi perkara itu, jadi saya masih memilih untuk utamakan anak-anak.
“Saya memang full time jaga anak, saya kena hantar pergi kelas, ambil dari sekolah, semua saya uruskan,” ujarnya kepada Gempak.
Irma ditemui pada majlis pelancaran biskut BeCalm di Menara Star, Petaling Jaya, pada Rabu.

Masih Aktif Mengacara

Dalam pada itu, pelakon filem Cinta Fotokopi itu turut memberitahu dia masih aktif sebagai pengacara.
“Saya masih buat hosting, sekarang banyak stesen televisyen bebas.

“Saya masih aktif lagi, cuma mungkin tidak meluas sebab tidak keluar di kaca televisyen.

“Sekarang pun banyak tawaran untuk beberapa seperti produk dan acara, macam itu lah,” ujarnya lagi.
Sedar nama sering disebut-sebut, Irma mengakui berat hati untuk meninggalkan anak-anak sekiranya kembali berlakon.
“Ada juga saya dengar tetapi entahlah dah lama sangat saya tak berlakon.
“Entahlah saya dah jadi macam pelakon baharu, kena belajar balik.

“Setakat ini berlakon jadual dia masih padat, kita tahu jika call time pukul 8 pagi tetapi tak tahu balik pukul berapa, nanti anak saya macam mana.

“Saya pula tiada pembantu, bukan tak mahu ambil saya nak direct contact dengan anak-anak,” kongsinya lagi.
Untuk info, Irma dan mendirikan rumah tangga dengan Redza Syah Azmeer pada tahun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Terdahulu, media melaporkan perkahwinan Irma Hasmie bersama Redza Syah Azmeer sudah berakhir.
Perkara itu disahkan rakan baik Irma iaitu Reen Emran menerusi Instagram Stories pada tanggal 30 April lalu.
Spekulasi bertambah kukuh apabila bekas suaminya mengesahkan telah menjalani proses perceraian pada tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan Jaja Kisah Cerai, Irma Hasmie Pilih Untuk Berdamai Dengan Takdir - “Ia Terlalu Privasi”

ARTIKEL BERKAITAN: “Semua Yang Berlaku Ada Hikmah” - Bekas Suami Irma Hasmie

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Cerai, Bekas Suami Irma Hasmie Perjelas Tiada Unsur Orang Ketiga

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024