Juara Gegar Vaganza 2019 Naqiu mencuri tumpuan wargamaya apabila tampil memakai pakaian uniform sekolah menengah.

Menerusi laman sosial Instagram, Naqiu memuat naik beberapa keping foto seperti remaja 17 tahun itu untuk tatapan umum.

“Penatnya Mat Bond hari ni nak explain kat semua krew production yang tak percaya Mat Bond dah ada 5 orang anak kat rumah.

“Semua ingat Mat Bond masih 21 tahun. Hmm, nak happy ke atau nak nangis ek?” tulis Naqiu sebagai kapsyen.

Penatnya Mat Bond hari ni nak explain kat semua krew production yg tak percaya Mat Bond dah ada 5 orang anak kt rumah. Semua ingat Mat Bond masih 21 tahun. Hmmmm.. nak happy ke atau nak nangis ek?! ?? . ? @neonpixelofficial ? @mindorder ? @naqiurious . #MindOrder #MindOrderManagement #Naqiu #NaqiuxMindOrder #BilaNaqiuBerlakon #MatBondMalaya #KMNProduction @kmnproduction

A post shared by Naqiu Mohd (Boboy) (@thisisnaqiu) on

Difahamkan Naqiu kini sedang menjalani penggambaran bagi sebuah filem berjudul Mat Bond Malaya arahan Nabil Ahmad.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya teruja dengan penampilan Naqiu yang kelihatan remaja.

“Kau biar betul Naqiu, dah macam budak sekolah dah. Tengok gaya pakaian ni memang tak nampak macam ada anak lima,” tulis seorang wargamaya.

“Balik sekolah ni jangan lupa fotoshoot majalah Mangga tau,” usik seorang wargamaya.



“Umur berapa ni tolonglah, hahaha!” komen seorang wargamaya.

“Yeah, ini yang kami mahukan. Muda sungguh papa anak lima ni kan,” kata seorang wargamaya lagi.

Untuk perkembangan lain, Naqiu tampil bersama pelakon Scha Alyahya menerusi telefilem Ting Tong Love yang disiarkan pada 1 Februari lalu di saluran Astro Citra.