Dunia media sosial dipenuhi dengan masyarakat toksik. Jika tidak masakan banyak pengguna atau warganet terutama dalam kalangan pesohor dan orang terkenal mengambil keputusan bunuh diri selepas teruk dibuli di alam maya.
Rupa rupanya, pesohor seperti Amitabh Bachchan pun tidak terlepas mengalami nasib sama ; dibuli di alam maya. Demi menjaga mentalnya, karyawan seni Bollywood ini mengatakan akan sangat berhati hati menulis atau mahu mengemas kini platform media sosialnya.
Pengakuan tersebut dibuat sewaktu beliau mengacarakan program kuiz popularnya,
Kaun Banega Crorepati (KBC).
“Saya pertama kali ‘main’ media sosial melalui dunia blog. Saya menulis di blog sendiri tanpa memikirkan akan ada komen atau kata kata jahat yang ditinggalkan.
“Bukan sahaja komen terhadap penulisan, tetapi kadang ia terjadi apabila saya hanya memuat naik gambar. Ada komen berbunyi ‘anda fikir anda siapa’ dan banyak lagi komen yang tidak boleh saya bayangkan hanya pada sekeping gambar,” dedahnya seperti dilaporkan Hindustantimes.
Amitabh yang sudah berkecimpung selama 50 tahun dalam industri hiburan dan glamor ini juga mengatakan tidak dapat mencerna dengan otak yang waras apabila
mendapat banyak komen jahat dan bersifat buli.
“Saya tidak tahu hanya dengan menulis atau memuat naik sekeping gambar pun dikutuk dan boleh dibuli di media sosial.
“Jadi saya belajar untuk lebih berhati hati dengan setiap perkongsian, tidak kira ia penulisan ataupun hanya sekeping gambar,” akuinya.
Selain Twitter, pesohor berusia 79 tahun ini juga memiliki akaun Instagram. Akaun tersebut digunakan untuk mempromosi karier dengan mempunyai lebih 30 juta pengikut.
Maliah Surip
Wed Aug 10 2022


Demi Jual Sayur, Nenek Akhirnya Berjaya Dapatkan Lesen Setelah Percubaan ke-960 Kali
Nenek Akhirnya Berjaya Dapatkan Lesen Setelah Percubaan ke-960 Kali

“Kemain Orang Geli, Sebenarnya Ada Jawapan…”- Nabila Huda Respon Isu Kongsi Makanan Dengan Kucing
Abil komen isu makan semangkuk dengan kucing.

“Saya Sudah Memaafkan, Tetapi Untuk Melupakan…” - Bella Astillah
Bella Astillah baik orangnya

Jadi Mangsa Rogol, Tiz Zaqyah Terkesan Gara-Gara Watak Lara - “Saya Rasa Tidak Sabar Nak Tukar Baju…”
Berat juga watak Tiz dalam Liar.

Isteri Afiq Muiz Fail Fasakh, Dakwa Tak Beri Nafkah Punca Utama Nak Bercerai - “Mengenai Bukti, Saya Rasa Semua Orang…”
Semoga ada jalan penyelesaian.

“Kalau Betul Aurora Trauma Dengan Saya, Kenapa…”- Farid Kamil Buntu Dengan Tuduhan Diana Danielle
Farid Kamil Buntu Dengan Tuduhan Diana Danielle

Lebih Bersinar Di Pagi Raya, Amalkan Produk Penjagaan Wajah Jepun Hada Labo
Cantik di pagi raya dengan produk Hada Labo.

Ramai Wanita Islam Mengubah Bentuk Muka Dengan Suntikan ‘Filler’ & ‘V Shape’, Ini Respon Ustazah Asma - “Hukumnya Adalah…”
Janganlah ubah bentuk muka...
![[VIDEO] Kongsi Pendapat Mengenai Lelaki, Watie Hanifiah Dipuji Patut Jadi Pilihan Shuib - “Kalau Dah Maafkan, Tak Ada Istilah…” [VIDEO] Kongsi Pendapat Mengenai Lelaki, Watie Hanifiah Dipuji Patut Jadi Pilihan Shuib - “Kalau Dah Maafkan, Tak Ada Istilah…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-210.png?ext=.png)
[VIDEO] Kongsi Pendapat Mengenai Lelaki, Watie Hanifiah Dipuji Patut Jadi Pilihan Shuib - “Kalau Dah Maafkan, Tak Ada Istilah…”
Maafkan tapi bukan melupakan.
![[VIDEO] Lupa Anniversary Ke 2, Syamel ‘Surprise’ Ernie Zakri Dengan Kek Pavlova Besar - “Sibuk Mengerjakan Khawla Demam Nak…” [VIDEO] Lupa Anniversary Ke 2, Syamel ‘Surprise’ Ernie Zakri Dengan Kek Pavlova Besar - “Sibuk Mengerjakan Khawla Demam Nak…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-207.png?ext=.png)
[VIDEO] Lupa Anniversary Ke 2, Syamel ‘Surprise’ Ernie Zakri Dengan Kek Pavlova Besar - “Sibuk Mengerjakan Khawla Demam Nak…”
Sekejap je dah 2 tahun kan.