,
Berita

Penggiat Industri Tunggu Siapa Dalang Isu Ketirisan Dana FINAS, Bawa Mereka Ke Muka Pengadilan

Elrafaei Sapi
10/10/2018
13:00 MYT
Warga industri perfileman tempatan menyambut baik saranan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo agar siasatan terhadap isu ketirisan dana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dapat disegerakan.
Kes tersebut masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kelmarin, Gobind turut memaklumkan dalam satu kenyataan mengenai Pelantikan Pemangku Pengurusan Tertinggi FINAS.
Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Shakib Ahmad Shakir dilantik sebagai pemangku Ketua Pengarah FINAS menggantikan Datuk Fauzi Ayob manakala Timbalan Setiausaha Bahagian Kewangan, KKMM, Fairul Azida Shahabudin menggantikan Datuk Azmir Saifudin Mutalib memangku jawatan Timbalan Ketua Pengarah berkuat kuasa 8 Oktober 2018.
Pensyarah sambilan filem dan penyiaran berpengalaman yang juga fasilitator bengkel latihan berkaitan industri kreatif, Zaki Abdul Rahim berpandangan adalah wajar untuk SPRM bertindak segera dalam membongkar penyelewengan dalam FINAS selama ini.
“Penggiat industri khususnya tertunggu-tunggu siapakah yang mendalangi salah urus jika mereka staf dalaman dan jika ianya membabitkan kroni politik, bawa saja semua mereka ke pengadilan.
“Sejak sekian lama FINAS menjadi lubuk emas petualang yang bertopengkan nama penggiat seni sedangkan kaedah memproses pemohonan dan cara agihan dana telah membelakangkan penggiat yang lebih layak,” katanya kepada Astro Gempak.
Ujarnya, hasil siasatan SPRM ini diharapkan akan menjadi titik tolak mewujudkan pakej atau program lebih telus dan adil jika matlamat mahu membangunkan industri.
“Banyak lagi boleh dikaji semula seperti dasar penerbitan, hala tuju, lantikan Lembaga Pengarah, pemasaran antarabangsa, kelayakan panel dana, fungsi FINAS dalam penguatkuasaan dan sistem Skim Wajib Tayang.
“Kita tidak mahu wujud sikap pilih kasih dalam penghantaran wakil ke festival atau seminar antarabangsa apatah lagi FINAS dianggap tidak berdaya saing termasuk dalam aspek penganjuran bengkel dan banyak lagi harus dilihat semula.
"Bagi menampakkan ketelusan, FINAS mesti memberi senarai lengkap penerima dana, tajuk projek, jumlah terimaan dana, bila 'deadline' dan status saluran siaran. Malah, topik dokumentari yang telah diluluskan juga mesti dimaklumkan kerana sebelum ini terlalu banyak topik sama berulangan," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

‘Anugerah Dokumentari Terbaik’ Diperkenalkan Semula Selepas 5 Tahun, Malam Kemuncak FFM33 Akan Bertemakan ‘Emas’

gempak
21/08/2024
03:55 MYT
Selepas 5 Tahun, Akhirnya FINAS Kembalikan ‘Anugerah Dokumentari Terbaik’ Di Festival Filem Malaysia Ke-33
Hiburan

Rita Rudaini Tegur Tindakan Suami Isteri Pempengaruh Kongsi ‘Pengalaman’ Ditahan Reman SPRM - “Jangan Jadikan Benda Itu Normal Kena Gari”

gempak
22/07/2024
01:55 MYT
Pelakon Rita Rudaini menegur tindakan pasangan suami isteri pempengaruh iaitu Alif Teega dan Aisyah Hijanah yang berkongsi mengenai pengalaman ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Viral

Dijaga Dengan Baik, Aisyah Hijanah & Aliff Teega Kongsi Pengalaman Ditahan Reman Bantu Siasatan SPRM -“Sebelum Ini Kita Ingat Hidup Kita Selesa…”

gempak
20/07/2024
09:28 MYT
Pempengaruh, Aisyah Hijanah dan suaminya Aliff Teega berkongsi pengalaman ditahan reman bagi membantu siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.
Berita

Tempoh Reman Berakhir, Pasangan Suami Isteri Pempengaruh Dibebaskan & Perlu Bayar Wang Jaminan RM200,000

gempak
16/07/2024
12:22 MYT
Empat individu termasuk pasangan suami isteri yang merupakan pempengaruh direman sejak 11 Julai lalu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini dibebaskan.
Berita

SPRM Beku 20 Akaun Bank Suami Isteri Pempengaruh, 2 Individu

gempak
15/07/2024
15:25 MYT
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan kira-kira 20 akaun bank dengan nilai lebih RM740,000 susulan siasatan penyelewengan dana derma awam melibatkan pasangan pempengaruh bersama dua lagi individu.