Skip to main content

Kesihatan/Kesejahteraan

Penghasut ANTIVAKSIN, Berhenti Sebar Fitnah, Anda Boleh Dipenjara – Ada Anak Halang Mak Ayah Pergi ‘Cucuk’

untitled-design-2021-06-03t212809-159.jpg
Berhentilah menyebarkan dakyah dan mitos tentang vaksin Covid-19 ini. Jika tidak mahu turut serta, cukuplah dengan tutup mulut dan hentikan menaip! Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata golongan terbabit boleh dikenakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada termasuk Akta Hasutan 1948.
 
 
"Selain Akta Hasutan, kita juga mempunyai Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan undang-undang di bawah Ordinan Darurat 2021. Kita tidak perlukan undang-undang baharu, boleh guna undang-undang sedia ada," katanya.
 
 
 
Tindakan Kepada Penghasut Antivaksin:
 
 
Barangsiapa membuat, menerbit atau mengedarkan apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita:
  • Dengan niat hendak menyebabkan atau yang mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada awam atau mana-mana golongan awam supaya oleh yang demikian seseorang itu mungkin terdorong melakukan sesuatu kesalahan terhadap negara atau terhadap keselamatan
 
 
 
 
  • Disiasat mengikut Seksyen 505 (b) kanun Keseksaan iaitu mendatangkan ketakutan atau kegusaran awam
 
  • Mengheret golongan antivaksin yang didapati menghasut orang awam untuk menolak pengambilan vaksinasi Covid-19 ke muka pengadilan
 
 
  • Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian
 
 
Golongan ini boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali!
 
 
Maka, hindarilah perbuatan menghasut ini. Jadilah rakyat bertanggungjawab dan beretika demi keharmonian negara. Malaysia mesti menang!

 

Kredit Foto: Google
 

Must-Watch Video

Advertisement